Langkau ke kandungan utama

Ayat-ayat Cinta...



Ayat-ayat cinta. Sebuah novel yang hebat dan mendapat pengiktirafan di Indonesia. Apabila diangkat ke layar perak, ternyata tidak mengecewakan. Filem ini turut menjadi fenomena baru di Indonesia.

Berkisarkan mengenai kehidupan pelajar di Universiti Al-Azhar, Mesir, filem ini jelas sekali filem yang lain dari yang lain. Menggunakan cerita kehidupan seorang muslim, kita 'diajar' dengan onsep-konsep jodoh dan percintaan dalam Islam. Sesuatu yang jarang ditampilkan, filem ini memberi pengajaran berguna kepada golongan remaja, khususnya yang sedang bercinta agar sentiasa mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan Islam.

Secara peribadi, saya cukup menggemari filem ini. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi melalui penceritaannya. Antara yang menarik minat saya adalah sesi ta'aruf, iaitu pertemuan bakal suami dan isteri yang ditemani dengan ahli keluarga kedua-dua pihak. Secara jujur, saya tidak begitu memahami akan konsep ta'aruf sebelum ini tetapi selepas melihat salah satu babak dalam cerita ini, saya mulai faham dengan apa yang dimaksudkan.

Meskipun kutipan tayangan filem ini di Malaysia tidaklah sehebat di Indonesia, namun ianya semakin digemari ramai. Malah, sejak ditayangkan di TV 3 pada Jumaat lepas (10 Oktober), ternyata ramai yang sedar akan kehadiran filem ini di pasaran. Di pejabat saya sendiri, cerita ini masih dibincangkan. Majoritinya menyukai filem ini kerana konsepnya yang berkisahkan kehidupan seorang muslim.

Mungkin ada beberapa babak yang boleh mengelirukan, namun secara keseluruhannya filem ini boleh memberi keinsafan, khususnya kepada golongan muda yang semakin leka dengan cinta duniawi sehingga lupa pada cinta sebenar yang paling agung. Malah, bagi saya, melalui lagu yang disampaikan oleh Rossa, bait-bait terakhirnya turut memberi gambaran kepada kita bahawa cinta sesama manusia tidak seharusnya mengatasi cinta kita kepada Allah S.W.T.

Ulasan

akirasuri berkata…
Cerita tu ada sedikit ralat..

Hehe.. Macam mana seorang yang belum muslim boleh bernikah dengan muslim.. Huhu..

Tapi cerita tu sedikit berbeza dengan jalan cerita dalam neovel.. :)
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
hehe...betul...time tu xbetul sikit...tp perkara tu dah jd kebiasaan bg org2 kat Indonesia...
Norsya berkata…
Suke lagu ayt2 cinta..Fahri lelaki muslim sejati..hehehe..
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
betul,betul,betul....

hehehe...

lagu mmg best...

"...ayat-ayat cinta bercerita,cinta ku pada mu,,,"
perindu surga berkata…
Lebh suka novel nya flm nya agak menyimpang dr novel. Andai di dampingi habiburahman pasti lbh bgus sperti KCB
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
oh..gitu ya...apakah pembikinan flm tidak mengikut kehendak habiburahman?

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...