Apa perasaan anda bila orang yang anda hormati sebelum ini menjadi berlagak dan sombong...?
Apa perasaan anda bila orang yang berperanan sebagai Pegawai Perhubungan Awam melakukan sesuatu yang boleh dianggap memalukan...?
Apa perasaan anda bila anda dimarahi bukan kerana kesilapan anda...?
Ceritanya bermula begini....
Hari Isnin, saya dimaklumkan oleh bos di bahagian saya yang kami perlu menyiapkan buku cenderahati untuk digunakan esok pada majlis di BBP Chukai. Saya pun mengambil contoh buku cenderahati dari seorang petugas di Unit Sumber untuk digunakan. Saya pulang ke rumah dan siapkannya.
Keesokannya, iaitu semalam (Selasa), apabila saya tunjukkan hasil buku yang saya hasilkan, saya dimaklumkan oleh bos bahagian saya yang saya perlu menambah ucapan aluan ke dalam buku tersebut. Ucapan itu telah diemailkan oleh Pengerusi AJK Protokol Majlis kepada Pegawai Perhubungan Awam (PRO) untuk disemak. Oleh itu, saya dikehendaki mengambil ucapan itu dari PRO tersebut.
Sebelum ini, saya cukup menghormati PRO ini kerana sikapnya yang peramah dan agak kelakar. Tetapi, sejak kebelakangan ini, dia seakan-akan sudah berubah sejak mula mendapat perhatian Pengarah JBPM Terengganu. Bila saya tegur, tak layan. Bila saya senyum, buat tak tahu je. Mula-mula saya tak ambil hati, mungkin sebab dia tak sedar kehadiran saya atau terlalu sibuk. (Logik ke kalau dia tak sedar kehadiran saya yang berbadan agak sedikit gempal ni...?).
Apabila saya berjumpa dengan PRO ni untuk mengambil ucapan tu, tiba-tiba saya dimarahi dan 'ditengking'. Kononnya, saya ni tak reti nak buat sendiri. Yang paling saya sakit hati, dia boleh cakap yang saya ni sengaja nak susahkan dia dan menambahkan beban dia. Sedangkan, dia yang sebenarnya tak ambil tahu. Ucapan tu dah ada dalam email dia, tapi masih buat tak tahu. Kononnya banyak sangat kerja. Malah, dia beri amaran yang dia tak akan beri ucapan itu kalau tak berikan 'pendrive' saya sendiri. Saya pun terpaksa naik balik ke pejabat saya untuk ambil 'pendrive' dan turun semula ke pejabatnya. Bila sampai ke bawah, bebelan dia masih tak berhenti lagi. Tapi bila dia terasa yang dia tak sempat nak siapkan, dia suruh saya naik dan dia akan emailkan kepada saya. Memang saya bengang sangat masa tu. Buat letih je.
Bila saya sampai atas, terus saya 'mengadu' dengan bos saya. Memang marah sangat masa tu. Nak bangkang, tak boleh. Terpaksa la pendam je. Masa mengadu dengan bos, dah macam nak nangis dah saya masa tu. Malu gak bila akak-akak kat pejabat tengok muka saya macam tu. Huhuhu.....
Bila jadi benda-benda macam ni, saya jadi terfikir. Bukan apa, kontrak saya akan tamat bulan ni. Saya mungkin akan pertimbangkan balik sama ada nak sambung kontrak saya atau tak. Semua bergantung pada keadaan.
Apa pun, memang saya tak puas hati dengan PRO tu. Lepas ni, jangan harap la saya nak hormat orang macam ni.
p/s : Ikut la resam padi. Makin berisi, makin tunduk. Jangan jadi 'bodoh sombong'.

Ulasan