Rabu (22 Oktober 2008)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya dan beberapa orang kakitangan Bahagian Pengurusan bertolak ke BBP Chukai di Kemaman untuk membuat persiapan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2008 dan Hari Q JBPM Terengganu. Sekitar jam 5.30 petang, iaitu selepas waktu pejabat, kami bertolak dengan menaiki bas yang turut membawa beberapa orang penerima Anugerah Khidmat Cemerlang.
Kami tiba di BBP Chukai sekitar jam 8.00 malam. Dari sini, kami dari Bahagian Pengurusan terus ke Hotel Marjan, bersebelahan dengan pasaraya The Store untuk 'check-in'. Jam 9 malam, kami kembali semula ke BBP Chukai untuk persiapan gerai dan majlis raptai.
Apabila sampai di sana, keadaan di sana masih lagi hujan. Ini menyebabkan kami tidak dapat mempersiapkan gerai kami untuk Pertandingan Gerai Cantik. Jadi, kehadiran kami pada malam itu hanya untuk mengikuti raptai sahaja. Tapi, selepas selesai, saya terpaksa pulang lewat ke hotel kerana perlu menolong Linda, pengacara majlis untuk mencetak teks ucapannya. Kira-kira jam 1.00 pagi, baru lah kami pulang ke hotel.
Khamis (23 Oktober 2008)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami bergerak dari hotel kira-kira jam 8.30 pagi untuk bersarapan di kawasan sekitar hotel. Jam 9 pagi, kami bergerak ke BBP Chukai. Setibanya di sana, kami lihat gerai bagi BBP Cheneh & Kerteh dah siap dihias. Agak menarik corak mereka. Rasa tercabar pulak. Kami tanpa buang masa terus menghias gerai kami mengikut apa yang dirancangkan.
Sementara menghias, majlis rasmi turut berlangsung di pentas utama. Kami turut menyaksikan Penolong Pengarah Pengurusan dan seorang lagi kakitangan kami menerima Anugerah Khidmat Cemerlang. kemudian, kami menyambung persiapan kami di gerai. Selesai majlis, seluruh kakitangan Bahagian Pengurusan mengambil kesempatan bergambar dengan Pengarah JBPM Terengganu.
Pelbagai hidangan dapat dilihat pada sambutan kali ini kerana setiap gerai menyediakan juadah berlainan. Macam-macam jenis makanan ada, antaranya sate, laksa, lemang, dan kami sendiri menyediakan nasi dagang untuk para tetamu.
Sepanjang majlis, acara cabutan bertuah turut diadakan. Saya juga turut mengambil bahagian. Saya tak menaruh harapan pun sebab banyak nombor yang digunakan. Lagi pun, memang saya tak pernah bernasib baik jika menyertai acara begini. Tapi, mungkin dah rezeki saya kali ni. Nombor saya terpilih untuk 5 nombor pertama. Memang gembira masa tu. Tapi saya mintak kawan saya, Man untuk mengambil hamper yang disediakan kerana hamper itu disampaikan oleh PRO JBPM Terengganu yang menjadi 'musuh' saya sekarang. Selain saya, Encik Rashid dan Encik Wan Zumalis pun terpilih untuk cabutan bertuah ni.
Walau bagaimanapun, tumpuan utama adalah untuk mengetahui keputusan Gerai Tercantik. Tempat ketiga dimenangi tuan rumah, BBP Chukai yang berkongsi gerai dengan BBP Kemaman. Kami hanya memperolehi tempat kedua, manakala juara adalah BBP Cheneh dan Kerteh. Takpe lah, dapat gak hamper besar. Hehehe...
Selesai berkemas, kami bertolak pulang ke Kuala Terengganu secara berperingkat. Saya tiba kira-kira jam 4.30 petang. Walaupun penat, saya rasa gembira kerana dapat banyak pengalaman menarik. Sekurang-kurangnya, pengalaman ni mungkin boleh membantu saya dalam membuat keputusan sama ada mahu kekal di JBPM Terengganu atau berhenti saja, sebab kontrak saya akan tamat hujung bulan ni. Harap-harap saya dapat buat keputusan dalam tempoh terdekat.
p/s : Mungkinkah ini acara terakhir saya di JBPM Terengganu....?
Ulasan