Langkau ke kandungan utama

Kenangan Itu...

Hari ni, saya nak ajak anda semua kembali ke masa lampau. Bukan la lama sangat, cuma setahun yang lalu...Hehehe...

16 Mac 2008...MAJLIS KONVOKESYEN UUM...

(9.00 pagi, Bilik 2A 317, Kolej TNB, UUM.)


Saya sedang membuat persiapan terakhir dalam bilik yang pernah menjadi bilik saya selama 2 tahun sebelumnya. Saya siapkan baju, seluar, dan jubah yang akan digunakan. Sempat juga saya kilatkan kasut. Maklumlah, nak jaga penampilan pada hari paling bersejarah dalam hidup.

Lepas puas hati, saya turun makan dulu di kafe. Kena la isi perut dulu, kan. Dah lam dalam dewan nanti lama. Tak tahu bila dapat keluar. Kebetulan jumpa kawa-kawan lama, saya pun makan la sama-sama dengan mereka. Boleh sembang-sembang.

Dalam kul 11 pagi, saya naik semula ke bilik. Dah nak kena bersiap. Kejap lagi keluarga saya dah nak datang ambil saya. Mereka yang terpaksa bermalam di Jitra sudah pun bertolak dari tempat penginapan. Bila mereka dah sampai, kami terus bertolak dari Kolej TNB ke Dewan Muadzam Shah. Jalan ke dewan pun dah sesak. Nak cari tempat letak kereta pun susah. Selepas selesai, saya berpisah dengan keluarga kejap. Saya akan ke destinasi saya, manakala mereka akan ke destinasi mereka. Hanya mak dan ayah saya masuk, adik dan kakak ipar saya tunggu di luar.

(1.00 tengahari, Dewan Tan Sri Osman, UUM.)

Wah...Lamanya tak jumpa kawan-kawan lama ni. Ada la dekat-dekat setahun gak. Kali terakhir jumpa masa peperiksaan akhir kami, sekitar bulan April 2007. Rindunya...Tapi sayang, tak ramai yang akan bergraduasi kali ni. Mereka kebanyakannya menambah 1 semester lagi untuk memperbaiki keputusan. Kalau bukan kerana kekangan kewangan, mungkin saya pun masih sama-sama dengan mereka.

Dalam jam 1.15 tengahari, semua calon yang akan bergraduasi dikehendaki berkumpul di dalam Dewan TSO untuk mendengar taklimat dari pegawai yang menguruskan majlis. Pelbagai penerangan telah diberikan, terutama sekali mengenai protokol dan aturcara majlis. Sambil-sambil tu, sempat gak saya betulkan selempang pada jubah saya yang nak jatuh. Mujurlah Aieza ada. Dia yang tolong kepilkan klip pada selempang tu. Baru la nampak kacak...Hehehe....

Berkumpul di Dewan TSO...

(2.00 petang, Dewan Muadzam Shah, UUM.)

Kami beratur di luar Dewan MAS sementara dipanggil masuk. Debaran dah mula terasa walaupun tak masuk dewan. Bila sampai masa, kami masuk ke dalam dewan setelah diumumkan oleh pengerusi majlis. Masa tu, timbul satu perasaan yang sukar nak digambarkan. Bersama iringan muzik kumpulan gamelan, saya melangkah dengan rasa yang cukup bercampur. Bangga, terharu, sedih. Bangga kerana impian hampir menjadi nyata, terharu kerana melihat sejuta kegembiraan di wajah ibu bapa, sedih kerana akan berakhir secara rasmi alam kehidupan di kampus.

Sewaktu melalui hadapan para ibu bapa, saya sedaya upaya mencari 2 kelibat yang betul-betul banyak berjasa kepada saya. Ma dan abah. Akhirnya saya jumpa juga sambil saya melambai kepada mereka yang tersenyum bangga. Selain itu, sempat juga saya melemparkan senyuman kepada beberapa keluarga yang saya kenal, iaitu mak dan kakak Suhairie, serta mak dan kakak Yana.

Selesai perarakan masuk, kami duduk sementara menunggu kehadiran jemputan kehormat. Seperti dijadualkan, jemputan kehormat mula masuk ke dewan sambil diiringi para pensyarah. Selesai perarakan jemputan, kami menyanyikan lagu Negara Ku dan Biru Warna, lagu rasmi UUM.

Nyanyian lagu Biru Warna.

Bagi memberkati majlis, para hadirin diperdengarkan dengan alunan ayat suci Al-Quran. Selesai bacaan, para hadirin dialu-alukan oleh Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin Kardi melalui ucapannya. Kemudian, barulah ucapan perasmian oleh ProCanselor UUM, Tun Ahmad Fairuz yang juga akan menyampaikan ijazah kepada para graduan.

Pada sesi petang ini, ada beberapa jurusan yang terlibat, iaitu Ekonomi, Pengurusan Pelancongan, Pendidikan, Multimedia dan Teknologi Maklumat. Giliran telah ditentukan oleh pihak penganjur.

Semasa menunggu giliran, saya sempat merakam dari jauh detik-detik sahabat saya, Mohamad menerima ijazah. Dia diberikan tepukan penghargaan oleh para hadirin kerana kejayaannya selaku OKU yang berjaya. Saya turut tumpang gembira dan bangga untuk dia.

Mohamad menerima pengijazahan.

Setibanya giliran saya, debaran kian kuat dirasakan. Inilah detik yang dinantikan sejak saya mula memasuki alam persekolahan. Kini, semuanya telah menjadi nyata. Apabila nama diumumkan, saya melangkah penuh teratur menuju ke tengah pentas. Mengikut protokolnya, saya pelu menerima watikah dengan kedua-dua belah tangan, kemudian tunduk tanda hormat sambil mengucapkan "Terima kasih, Tun". Mula-mula, segalanya berjalan lancar. Bila sampaimasa nak ucap tu, tak tahu kenapa mulut saya macam terkunci. Mungkin sebab terlalu berdebar, sampaikan ucapan saya tergagap-gagap. Tak sangka pula telatah saya menerbitkan rasa lucu pada Tun Ahmad Fairuz yang berdiri di hadapan saya. Mungkin beliau tahu situasi saya, beliau cuba menenangkan saya dengan mengucapkan tahniah kepada saya, sambil tersenyum. Dengan rasa malu, saya ucapkan sekali lagi ucapan terima kasih kepada Tun. Saya berlalu pergi dengan rasa malu...Huhu...Mujurlah tak ada orang lain yang dekat. Kalau tak, lagi la malu rasanya.

Detik pengijazahan di depan Tun Ahmad Fairuz.

Sekembalinya saya di tempat duduk, sekali lagi timbul rasa yang pelbagai dalam diri saya. Mungkin ini menandakan semuanya sudah berjaya. ALHAMDULILLAH...

Acara tamat pada sebelah petang. Agak lewat juga, sekitar dalam jam 5.30 petang. Apabila keluar dewan, saya mengambil kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan. Selain bersama keluarga, saya juga sempat bergambar bersama-sama beberapa orang rakan yang saya jumpa. Walaupun tak ramai, tapi memadailah sekadar untuk berkongsi kegembiraan. Kemudian, saya dan keluarga bergambar di beberapa mercu tanda di sekitar UUM sebagai kenangan. sampai dah gelap pun kami masih bergambar. Lepas Maghrib, kami pulang ke kolej saya. Selesai mandi dan solat, saya menemani keluarga ke tapak ekspo. Di sana, kami sempat jalan-jalan keliling gerai yang ada. Keluarga saya tak dapat jalan-jalan agak lama di tapak ekspo kerana sudah keletihan. Lagi pun, mereka perlu rehat secukupnya sebelum kami berangkat pulang ke Kelantan pada pagi keesokannya.

Hari bermakna untuk kami sekeluarga.


Bersama Kuan.


Bersama Ida & Bazlin.


Bersama Nasha.


Bersama Norsha.


Bersama Kak Liza.


Bersama Mohamad.


Bersama Emma.

Walaupun hari ini sudah genap setahun berlalu, namun kenangan ini bagaikan semalam berlaku. Kegembiraan bersama-sama kawan-kawan di sana tidak mungkin dlupakan. Benarlah kata orang, kenangan di alam kampus adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Kalau dapat diberi peluang, tentu sekali saya ingin menjalaninya sekali lagi bersama teman-teman yang lain. Macam-macam perkara kami akan lakukan. Pusing-pusing di Mall, jalan-jalan di Tasik Guthrie, kegiatan luar kampus (KLK), menyertai aktiviti kolej, pergi kuliah jalan kaki, keluar ke Alor Star ramai-ramai, dan banyak lagi. Tidak lupa juga pengalaman kena usik dengan hantu...Huhuhu...

Ya, semua itu tidak mungkin akan berulang kembali. Kenangan akan tetap menjadi kenangan. Yang tinggal hanyalah ikatan persahabatan di antara kita semua. Dari hari pertama mendaftar diri di UUM sehingga hari terakhir konvokesyen, semuanya akan tetap menjadi sahabat yang tidak mungkin dilupakan. Harap-harap kita akan dapat jumpa lagi...INSYA'ALLAH...

Ulasan

mytafa berkata…
best2, dh konvo gak
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
hehe....rasa nak konvo lg la...
aieza samad berkata…
ingat gak kat aku.dah sthn dah.cepatnya mase berlalu...tq ingatkan kenagan lalu yg terindah
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
tu la...mana bleh lupa...skali seumur hidup tu...sesuatu yg xmungkin dilupa...

rindunya kat kwn2...
akirasuri berkata…
Dude.. Kamu mengembang dengan jayanya.. Ahaks!
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
hehe...mengembang apa?

perut ke?hehe
tomato_masam berkata…
wua~ sedey la posting kali ni, kiter pun windu sangat kart uum..naper la cepatnya masa berjalan~
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
mmg rindu...rasa mcm nak gi skrang gak kat uum...mber2 pun dah lama xjumpa
tomato_masam berkata…
itu la..member2 dah la lama tak jupe..sekor2 jauh lak tu..payah dah nk jupe balik~
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
tu la...kena masuk jejak kasih la nampaknya...
Norsya berkata…
wah,terharu2..riki letak gambar sy..huhu..sedih bla konvo dulu :)
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
hehe...dah kita ambik gmbar sama, mesti la kena letak...

mmg sebak...mcm2 rasa ada...

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad