Langkau ke kandungan utama

Cermin Mata Baru...




Sebenarnya dah lama saya teringin nak beli cermin mata yang baru. Maklumlah, dah lama sangat saya pakai cermin mata saya tu. Dah makin tak jelas bila nak tengok. Tapi sebab tak cukup duit, saya tak dapat beli lagi.

Semasa balik KB baru ni, saya memang berniat nak dapatkan cermin mata yang baru. Jadi, semasa keluar dengan kawan saya Sabtu lepas, kami singgah di kedai cermin mata di KB Mall. Saya memang dah berkenan pada cermin mata yang ambil tu sebab reka bentuknya nampak ringkas tapi menarik. Power cermin mata saya pun dah makin bertambah. Jadi, terpaksa la saya beli kanta yang agak mahal. Kalau tak, nanti kanta tu jadi tebal. Tak menarik la pulak. Jadi, terpaksalah keluarkan bajet yang lebih. Harganya RM 348.

Disebabkan kantanya jenis yang elok, jadi ianya terpaksa ditempah dari KL. Jadi, saya terpaksalah menunggu sehingga ianya siap ditempah. Mereka berjanji untuk menghantar cermin mata saya tu menggunakan khidmat pos.

Dua hari lepas, kakitangan kedai tu menelefon saya dan memaklumkan yang cermin mata saya dah siap. Kebetulan adik saya balik ke KB untuk mengambil surat penting yang baru sampai. Jadi, saya suruh je adik saya ambilkan kat kedai cermin mata tu. Adik saya terus balik ke Terengganu petang tu jugak. Dia sampai rumah saya dalam jam 9.30 malam.

Akhirnya, hajat saya nak pakai cermin mata baru dah termakbul. Sekarang ni, 'puas' la sikit bila melihat...Hehehe...


Wajah baru, dengan cermin mata baru...Hehehe...

Ulasan

KayKhairul berkata…
HENSEM LA BRO RIKI....nak peluk2..hahaha
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
hahaha...tgoda la tu....
tomato_masam berkata…
ahahahah, kelakar la korang ni, eh eh, terus pakai cermin mata baru eh, tak pening ke masa memula pakai tu~ hehe, kalo kiter pakai cermin baru jer mesti pening2 lalat jap`
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
mesti la pening....mula2 pakai...biasa la tu...tp tpaksa la...kena biasakan gak....kalau tak, susah nak wat keje...

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...