Langkau ke kandungan utama

Bertahan Atau Berundur...

Saya sebenarnya cukup sedih dengan situasi pasukan bola sepak Kelantan sekarang. Selepas menjadi Naib Juara Piala FA 2009, pasukan Pahlawan Merah ini gagal mencapai sebarang kemenangan. Bermula dengan kekalahan kepada Negeri Sembilan, diikuti pula 2 kekalahan berturut-turut kepada Perlis, dan terbaru kekalahan kepada Johor FC dan KL Plus.

Antara sebab yang menjadi punca prestasi merudum secara mendadak ini adalah kerana faktor keletihan. Pemain terpaksa mengarungi perjalanan jauh untuk sesuatu perlawanan. Sudahlah terpaksa bermain di tempat lawan, Stadium Nasional Bukit Jalil pula terpaksa menjadi 'rumah' baru pasukan. Tentu sekali pemain akan kepenatan, malah kos pengurusan juga akan meningkat sementara kutipan tiket tidak seberapa.

Lebih memeritkan, rayuan KAFA untuk kembali beraksi di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV ditolak oleh pihak FAM. Ini menimbulkan kembali cadangan Presiden KAFA untuk menarik diri dari saingan Liga Super. Walaupun ramai yang berpendapat itu bukan jalan terbaik, namun setiap kemungkinan yang lain gagal menjelmakan harapan sewajarnya.

Sebagai peminat, tentu sekali saya kecewa dengan keadaan semasa. Mungkin tidak patut untuk menyalahkan pasukan, tapi keadaan ketika ini perlu diatasi segera. Pihak FAM juga tidak seharusnya terlalu berkeras dengan keputusan mereka. Berilah ruang untuk KAFA perbetul kesilapan kerana apa yang berlaku April lalu bukan kesalahan KAFA sepenuhnya.

Apa pun, kuasa bukan terletak di tangan peminat, tetapi FAM. Kita hanya boleh tunggu dan lihat langkah seterusnya dari KAFA dan FAM. Harap-harap ada perubahan dalam hukuman FAM tu. Kalau masih kekal, KAFA harus membuat keputusan, sama ada bertahan atau berundur...

Ulasan

mytafa berkata…
makin lama x tgk bola mesia...makin x tahu perlembangan semasa....

(ish..ape mende comment nie...)

hahahahaha.......
mytafa berkata…
ish..salah taip...perkembangan, bkn perlembangan....
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
hehe....kembali la ke pangkal jln....
mytafa berkata…
jln mati dh...
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
hehe...xpe2...guna jln air...xpun jln atas...
mytafa berkata…
jln jln carik mkn...
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
hehe...bleh gak tu...

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...