Langkau ke kandungan utama

Task Force HRMIS...

Bermula semalam, kami di Bahagian Pengurusan telah mengadakan sesi task force untuk mengemaskini data di dalam HRMIS. Ini adalah susulan dari bengkel pengisian data yang saya dan Man sertai pada pertengahan bulan lepas.

Dalam sesi task force ini, kakitangan Bahagian Pengurusan akan mengisi maklumat yang berkaitan secara bersama-sama. Ianya seperti bengkel yang saya hadiri. Malah, kami juga telah memilih beberapa wakil dari balai bomba seluruh negeri untuk membantu. Task force ini diadakan di Bilik Mesyuarat bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang.

Bagi kami di Bahagian Pengurusan, ini bukanlah kali pertama kami mengisi maklumat ini. Berbanding para wakil dari balai, mereka tidak pernah menggunakan aplikasi HRMIS ini. Jadi, saya dan Man telah menyediakan panduan dan juga menerangkan kepada mereka langkah-langkah yang perlu mereka lakukan. Mujurlah mereka yang dipilih dari balai ini adalah antara mereka yang cekap di dalam penggunaan komputer. Kalau tak, teruk gak...Hehehe...

Apa yang seronoknya semasa sesi task force sebegini adalah suasananya yang sentiasa ceria. Maklumlah, pelbagai ragam dapat dilihat. Malah, masing-masing ada cara untuk mengurangkan bosan semasa mengisi maklumat ini. Cuma kadang-kadang sistem ini yang terlalu perlahan mengganggu perjalanan kerja kami.

Menurut bos saya, kami perlu cuba buat sebanyak yang boleh. Jika tak sempat siapkan juga, mungkin sesi ini akan diteruskan pada minggu seterusnya. Bergantung juga pada keadaan semasa. Yang penting, maklumat ini dapat dikemaskini sebelum modul baru diperkenalkan oleh pihak yang membangunkan aplikasi ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...