Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

Dahulu...Kini...Masa Depan...

Setiap orang pasti akan melalui saat dimana hidupnya sentiasa dibayangi oleh sesuatu yang berlaku pada masa lalu. Mungkin perkara yang berlaku tu sesuatu yang menggembirakan, menyedihkan, atau boleh mendatangkan kemarahan. Apa yang penting bukanlah pada apa yang telah berlaku, tetapi bagaimana cara untuk kita menangani situasi tersebut. Saya tak nafikan bahawa saya sendiri menghadapi masalah ini. Kenangan yang lalu sentiasa menghantui dan mengganggu hidup saya. Pelbagai pengalaman yang telah saya lalui, ada yang gembira dan ada yang menyedihkan. Semuanya bagaikan masih berlegar di ingatan saya sehinggakan kadang-kadang saya melakukan sesuatu yang saya tak pernah lakukan dulu. Boleh dikatakan saya telah berubah menjadi seorang yang baru selepas saya melalui satu peristiwa yang memberi tamparan hebat kepada hidup saya. Disebabkan peritiwa itu, saya pernah mengecewakan orang lain. Dan disebabkan peristiwa itu juga, saya telah mengecewakan diri saya sendiri. Kecewa kerana saya melakukan se

Macam Tak Sempat...

Ya ALLAH...Banyaknya kerja. Rasa macam tak sempat je nak siap. Lepas Man dapat kerja baru, kerja saya makin banyak. Rasa macam tak sempat nak siap. Bos saya cakap, mungkin jabatan tak akan ambil pengganti untuk Man. Jadi, terpaksalah saya biasakan diri balik dengan kerja-kerja ni. Mujurlah audit yang dijadualkan pada hari Selasa ni ditunda pada hari Khamis. Jadi, ada la masa sikit lagi nak siapkan apa yang patut. Tapi, rasanya macam tak sempat gak...Huhuhu...

Semoga Maju Jaya...

Hari Jumaat lepas, Man telah ke Kuala Lumpur untuk temuduga di sebuah syarikat swasta. Temuduga ni telah diaturkan oleh kawan Man sendiri. Man dicadangkan untuk menggantikan tugas kawan Man yang terpaksa melepaskan jawatannya kerana mendapat tawaran DPLI. Mungkin sudah rezeki Man di situ. Man lulus temuduga dan dapat mengisi jawatan tersebut. Semalam merupakan hari terakhir Man bekerja di JBPM Terengganu. Semuanya terlalu cepat sebab saya tahu pun hari Isnin. Man terpaksa lepas jawatan cepat sebab hari ni dia dah mula bertugas. Task jauh pun, dalam Terengganu gak. Sempena meraikan hari terakhir Man, bos kami belanja makan di restoran Rasamas. Semua kakitangan Bahagian Pengurusan turut serta. Maklumlah, kali terakhir makan bersama Man. Sempat gak ambik gambar bersama kat restoran tu. Sebagai sahabat, saya tumpang gembira atas kejayaan Man mengisi jawatan tu. Sekurang-kurangnya, dia dah dapat kerja yang stabil. Gaji pun ikut kelulusan. Jauh lebih selesa dari apa yang kami dapat sekarang.

Tragedi Terbaru JBPM Terengganu...

Terlalu banyak dugaan yang terpaksa dihadapi oleh JBPM Terengganu dalam masa terdekat ni. Beberapa tragedi berlaku terhadap kakitangan secara berturut. Jika bulan lepas kejadian lemas, kali ni kemalangan pula. Dua hari lepas, 14 Julai 2009 (Selasa), kira-kira jam 5.15 petang, sebuah jentera telah bergerak untuk ke lokasi kemalangan di Sungai Tong, Setiu. Masa tu, saya dan Man ada kat pejabat lagi sebab Tuan Ridzuan minta kami tolong selesaikan satu tugas. Tak lama lepas tu, Tuan Ridzuan menerima satu panggilan yang memaklumkan jentera yang sepatutnya ke lokasi untuk menyelamat telah terbabas dan menjunam ke dalam kawasan kelapa sawit. Saya dan Man bukan main terperanjat lagi. Macam mana jentera yang besar tu boleh terbabas. Rasa macam nak ikut ke ke lokasi kejadian, tapi saya terpaksa balik sebab nak gi tempat adik saya di UMT. Rabu pula saya cuti, jadi tak dapat lagi la gambaran sebenar kejadian. Hari ni, sampai je kat pejabat, saya dah nampak jentera tu tersadai kat kawasan bengkel.

Black Juara Mentor 3...

Juara = Black (75.0 markah) Naib Juara = Chaq (52.8 markah) Ke-3 = Fira (35.6 markah) Berikut merupakan kedudukan dan pemarkahan pada aksi terakhir Black, Chaq dan Fira dalam Mentor 3. Sekaligus melayakkan Black membawa pulang wang tunai RM 100,000.00 dan kereta Kia Spectra 5 selaku juara musim ke tiga ini. Kemenangan Black sememangnya sudah diduga ramai pihak kerana prestasi konsistennya sepanjang musim. Saya sendiri mengagak bahawa Black akan menang tempat pertama. Setiap kali beraksi, Black akan mendapat markah tertinggi untuk mengatasi peserta lain. Dengan suaranya yang unik dan semangatnya yang berterusan sudah cukup untuk menambat hati juri dan para peminat. Walaupun Black gagal mendapat markah tertinggi dari juri awam, namun itu tidak menghalangnya untuk bergelar juara. namun, tentangan hebat dari Chaq dan Fira tidak dapat dinafikan. Mereka berentap sehabis baik untuk sama-sama berusaha menggapai gelaran juara. Walaupun gagal memecah dominasi kemenangan Black, mereka seha

Kenangan Bersahabat...

Saya tak balik ke Kb minggu baru ni sebab hari Selasa ni keluarga saya akan datang ke sini untuk majlis konvokesyen adik saya kat UMT. Saya akan balik ke KB dengan mereka nanti. Kebetulan pula, bila saya tak balik KB, saya menerima kedatangan 2 orang sahabat yang datang ke Kuala Terengganu. Pagi Jumaat, saya sempat berjumpa dengan Sheera, kawan dari zaman tingkatan 6. Dia ada kursus kat sini. Kebetulan dia nak ke Kuantan, jadi sempat la singgah kejap jumpa saya. Saya sempat belanja makan je sebab dia dan kawannya nak singgah di Kemaman pula sebelum ke Kuantan. Sambil-sambil makan, sempat la sembang-sembang. Maklumlah, lama gak tak jumpa. Kali terakhir kami jumpa pun raya tahun lepas. Biasanya kami jumpa di KB je. Kali ni je kami jumpa kat Terengganu pulak. Sambil-sambil makan, sempat gak bertukar-tukar cerita pasal kawan-kawan yang lain. Biasa la, dari dulu lagi kami suka sembang-sembang. Saya ingat lagi masa zaman sekolah, kami selalu lepak sama-sama dengan kawan-kawan lain. Amnah, Fa

Selamat Tinggal, MJ...

Michael Jackson (29 Ogos 1958 - 25 Jun 2009) Ucapan dari anak perempuan Michael di majlis memperingati Raja Pop tersebut. Setelah lebih seminggu dia meninggalkan kita, akhirnya jenazah Michael Jackson, Raja Pop Dunia selamat dikebumikan. Pada 26 Jun lepas, ketika kali pertama saya mendengar berita kematian Raja Pop ini di kaca televisyen, saya terkedu seketika. Saya ingatkan berita ini hanya salah faham sebab sebelum ni pun ada juga berita kematian artis ternama sebegini yang sebenarnya hanyalah khabar angin yang tidak tepat. Namun, bila semua saluran berita melaporkan kejadian ini, barulah saya percaya. Tidak dinafikan, Michael Jackson adalah idola yang menjadi kegilaan peminat seluruh dunia. Dari awal pembabitannya, sehinggalah ke akhir hayatnya, namanya memang cukup dikenali. Malah, kehadirannya ke dalam dunia seni pernah menjadi fenomena yang cukup luar biasa. Aura dan kehebatannya cukup memukau. Apatah lagi setelah dia memperkenalkan tarian yang menjadi identitinya, Moonwalk. Saya

Bermulalah Hari Yang Sibuk...

Lepas balik dari lawatan ke balai-balai, saya beranggapan kerja saya akan kembali seperti biasa. Tak la sibuk sangat. Tapi, tak sangka pulak saya silap. Tamat je lawatan saya pada hari Isnin lepas, saya dengan Man kena pula uruskan sesi penilaian barangan komputer untuk pelupusan. Penilaian ni dilakukan oleh Unit ICT, HQ JBPM Putrajaya pada hari Selasa. Tak la susah sangat sebab kami hanya kena berada bersama dengan pegawai tersebut untuk penilaian. Hari Rabu, datang pula Audit Kewangan, juga dari ibu pejabat di Putrajaya. Kali ni, saya tak terlibat sangat sebab ianya melibatkan pihak di unit kewangan sahaja. Cuma, saya dan Man terpaksa mengemaskini semua maklumat berkaitan kerana pada 28 Julai nanti, Audit Kualiti akan datang ke tempat saya. Tu yang penting untuk bahagian kami sebab pada tahun lepas, Bahagian Pengurusan JBPM Terengganu mendapat Johan. Jadi, kami ingin cuba mengekalkan kedudukan tersebut. Jika tidak tempat pertama, mungkin kedudukan tiga teratas sudah memadai. Dalam ke