Langkau ke kandungan utama

Bermulalah Hari Yang Sibuk...

Lepas balik dari lawatan ke balai-balai, saya beranggapan kerja saya akan kembali seperti biasa. Tak la sibuk sangat. Tapi, tak sangka pulak saya silap.

Tamat je lawatan saya pada hari Isnin lepas, saya dengan Man kena pula uruskan sesi penilaian barangan komputer untuk pelupusan. Penilaian ni dilakukan oleh Unit ICT, HQ JBPM Putrajaya pada hari Selasa. Tak la susah sangat sebab kami hanya kena berada bersama dengan pegawai tersebut untuk penilaian.

Hari Rabu, datang pula Audit Kewangan, juga dari ibu pejabat di Putrajaya. Kali ni, saya tak terlibat sangat sebab ianya melibatkan pihak di unit kewangan sahaja. Cuma, saya dan Man terpaksa mengemaskini semua maklumat berkaitan kerana pada 28 Julai nanti, Audit Kualiti akan datang ke tempat saya. Tu yang penting untuk bahagian kami sebab pada tahun lepas, Bahagian Pengurusan JBPM Terengganu mendapat Johan. Jadi, kami ingin cuba mengekalkan kedudukan tersebut. Jika tidak tempat pertama, mungkin kedudukan tiga teratas sudah memadai.

Dalam kesibukan kami, kami sekali lagi dikejutkan dengan berita bahawa seorang anggota bomba di balai Paka telah meninggal pada Khamis lepas. PB Mat Rasuli meninggal sewaktu berada di balai. Tak pasti pula apa punca atau masalah kesihatan yang dihadapinya. Petang Khamis tu bos saya telefon saya untuk maklumkan bahawa Ketua Pengarah JBPM Malaysai mahu urusan ini disegerakan. Jadi, secara tidak langsung saya perlu turut membantu. Jadi, saya pun terpaksa juga datang ke pejabat pada hari minggu. Jumaat dan Sabtu, saya berada di pejabat. Mungkin tidak banyak mampu saya lakukan, tapi cukup untuk membantu urusan yang perlu.

Seperti sebelum ini, apabila tahu bahawa akan ada pihak audit akan datang, hari-hari menjelang kedatangan mereka akan menjadi hari yang sibuk. Jadi, untuk kali ni, hari-hari sibuk saya telah pun kembali. Minggu-minggu lepas pun sibuk gak, tapi ni berganda-ganda sibuknya....Huhu...

Macam mana pun, bila dah tanggungjawab, saya akan tetap laksanakan. Saya akan tetap buat yang terbaik. INSYAALLAH, semuanya kan berjalan dengan lancar.

Ulasan

www.sulamancreative.blogspot.com

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perbezaan lelaki dan wanita

Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik).
Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa)

Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik)
Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang)

Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh)
Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka)

Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi)

Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap.
Manakala Wanita pula boleh mengeluarkan 100 pata…