Langkau ke kandungan utama

Dahulu...Kini...Masa Depan...

Setiap orang pasti akan melalui saat dimana hidupnya sentiasa dibayangi oleh sesuatu yang berlaku pada masa lalu. Mungkin perkara yang berlaku tu sesuatu yang menggembirakan, menyedihkan, atau boleh mendatangkan kemarahan. Apa yang penting bukanlah pada apa yang telah berlaku, tetapi bagaimana cara untuk kita menangani situasi tersebut.

Saya tak nafikan bahawa saya sendiri menghadapi masalah ini. Kenangan yang lalu sentiasa menghantui dan mengganggu hidup saya. Pelbagai pengalaman yang telah saya lalui, ada yang gembira dan ada yang menyedihkan. Semuanya bagaikan masih berlegar di ingatan saya sehinggakan kadang-kadang saya melakukan sesuatu yang saya tak pernah lakukan dulu. Boleh dikatakan saya telah berubah menjadi seorang yang baru selepas saya melalui satu peristiwa yang memberi tamparan hebat kepada hidup saya.

Disebabkan peritiwa itu, saya pernah mengecewakan orang lain. Dan disebabkan peristiwa itu juga, saya telah mengecewakan diri saya sendiri. Kecewa kerana saya melakukan sesuatu yang tak sepatutnya. Kecewa kerana saya melukakan hatinya. Kecewa kerana saya telah mengecewakan mereka. Dan kecewa kerana saya bukan lagi diri saya yang dulu.

Disebabkan semua kekecewaan tu, saya mula berfikir semula. Saya mula sedar pada apa yang berlaku. Saya sedar bahawa kerana luka lama yang saya hadapi telah membuatkan saya hanyut oleh arus kemarahan dan kebencian. Saya juga sedar kerana kemarahan dan kebencian saya tu, saya semakin jauh dari diri saya yang sebenar.

Saya akhirnya kembali mencari diri saya yang sebenar. Saya ingin kembali menjadi seorang sahabat yang terbaik. Saya juga ingin kembali menjadi seorang insan yang terbaik untuk mereka di sekeliling saya. Saya harus lupakan segala luka lama yang terpahat dalam hidup saya sebelum ini.

Akhirnya, selepas hampir 3, 4 tahun saya dibelenggu semua ini, saya kini rasa cukup bebas. Bebas dari luka lama dan bebas dari kemarahan dan kebencian lama. Saya dapat rasakan bahawa saya makin dekat dengan diri saya yang sebenar. ALHAMDULILLAH, berkat usaha dan kesabaran, saya makin 'pulih'. Malah, saya juga semakin bersedia untuk mulakan sesuatu yang baru. Sesuatu yang akan mendorong saya untuk terus hidup di masa depan. Cuma saya akan lebih berhati-hati agar saya tidak akan 'terluka' lagi.

Kepada masa lalu, saya ucapkan selamat tinggal...
Kepada masa depan, saya ucapkan selamat datang...
Semoga hari-hari mendatang akan lebih bermakna....

INSYAALLAH...

Ulasan

tomato_masam berkata…
Hello dunia baru, n selamat tinggal kenangan buruk, nk join the club gak ley? hee =)
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
hehe...bleh...sila ambil borang kat kaunter depan yer....haha

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...