Langkau ke kandungan utama

Semoga Maju Jaya...

Hari Jumaat lepas, Man telah ke Kuala Lumpur untuk temuduga di sebuah syarikat swasta. Temuduga ni telah diaturkan oleh kawan Man sendiri. Man dicadangkan untuk menggantikan tugas kawan Man yang terpaksa melepaskan jawatannya kerana mendapat tawaran DPLI.

Mungkin sudah rezeki Man di situ. Man lulus temuduga dan dapat mengisi jawatan tersebut. Semalam merupakan hari terakhir Man bekerja di JBPM Terengganu. Semuanya terlalu cepat sebab saya tahu pun hari Isnin. Man terpaksa lepas jawatan cepat sebab hari ni dia dah mula bertugas. Task jauh pun, dalam Terengganu gak.

Sempena meraikan hari terakhir Man, bos kami belanja makan di restoran Rasamas. Semua kakitangan Bahagian Pengurusan turut serta. Maklumlah, kali terakhir makan bersama Man. Sempat gak ambik gambar bersama kat restoran tu.

Sebagai sahabat, saya tumpang gembira atas kejayaan Man mengisi jawatan tu. Sekurang-kurangnya, dia dah dapat kerja yang stabil. Gaji pun ikut kelulusan. Jauh lebih selesa dari apa yang kami dapat sekarang.

Walaupun tak sampai setahun Man kerja di sini, tapi banyak kenangan dan pengalaman yang kami dapat sepanjang bekerja bersama. Memang pengalaman tu cukup bermakna.

Cuma lepas ni, kerja saya akan bertambah balik la. Bila Man ada, saya dah bahagi-bahagi tugas saya dengan Man. Kemudian, kami dapat tugas-tugas baru. Memang kerja kami bertambah. Bila Man dah tak ada, kerja-kerja dia saya kena ambil alih balik. Susah gak sebab banyak yang saya dah serah kat dia dan tak sempat nak ambil tahu. Sekarang, kena belajar balik la...Huhuhu...

Apa pun, tahniah sekali lagi untuk Man. Semoga Man berjaya dengan kerjaya barunya sebagai system analyst. Kalau ada masa, jenguk-jenguk la kami kat JBPM ni.






Ulasan

aieza samad berkata…
sampaikan ucapan tahniah aku pada man....kalau dia masih ingat aku lagi la..hihihi
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
INSYAALLAH...hehe.....

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...