Langkau ke kandungan utama

Kenangan Bersahabat...

Saya tak balik ke Kb minggu baru ni sebab hari Selasa ni keluarga saya akan datang ke sini untuk majlis konvokesyen adik saya kat UMT. Saya akan balik ke KB dengan mereka nanti. Kebetulan pula, bila saya tak balik KB, saya menerima kedatangan 2 orang sahabat yang datang ke Kuala Terengganu.

Pagi Jumaat, saya sempat berjumpa dengan Sheera, kawan dari zaman tingkatan 6. Dia ada kursus kat sini. Kebetulan dia nak ke Kuantan, jadi sempat la singgah kejap jumpa saya. Saya sempat belanja makan je sebab dia dan kawannya nak singgah di Kemaman pula sebelum ke Kuantan. Sambil-sambil makan, sempat la sembang-sembang. Maklumlah, lama gak tak jumpa. Kali terakhir kami jumpa pun raya tahun lepas. Biasanya kami jumpa di KB je. Kali ni je kami jumpa kat Terengganu pulak.

Sambil-sambil makan, sempat gak bertukar-tukar cerita pasal kawan-kawan yang lain. Biasa la, dari dulu lagi kami suka sembang-sembang. Saya ingat lagi masa zaman sekolah, kami selalu lepak sama-sama dengan kawan-kawan lain. Amnah, Faisal, Nik, dan beberapa orang lagi memang dah satu kepala. Kalau ada apa-apa, mesti kami kongsi sama-sama. Gembira ke, sedih ke, memang kami akan kongsi sama-sama.

Cuma, bila dah lama, semua dah bawa haluan masing-masing. Sedih gak bila kami dah tak macam dulu. Semua sibuk dengan urusan dan kehidupan baru mereka. Saya tak pernah lupakan mereka. Kadang-kadang saya akan hantar sms, tapi macam tak dilayan je. Rasa macam diaorang dah tak ingat je persahabatan kami ni. Takpelah, mungkin mereka dah bahagia dengan kehidupan baru mereka. Saya tumpang gembira untuk mereka. Bagi saya, mereka tetap sahabat saya.

Semalam, saya menerima pula kedatangan sahabat saya dari Kedah, Syadah. Syadah ni sahabat saya masa kat UUM dulu. Dia datang dengan kakak dan abang dia sebab nak jumap adik dia yang kat UMT tu. Lepas lama tak lepak sama, sempat gak la kitaorang duduk sambil minum dan sembang-sembang pasal kawan-kawan. Yang pasti, cerita balik kenangan-kenangan lama.

Saya memang rapat dengan Syadah dan Fie masa tahun pertama kat UUM. Selalu lepak sama-sama. Kelas pun kami susun sama-sama. Boleh buat tugasan sama-sama. Tapi biasa la, dalam persahabatan pun ada pasang surut gak. Lama kami renggang. Alhamdulillah sekarang kami dah berhubung balik. Harap-harap kekal la persahabatan.

Bila jumpa sahabat lama ni, secara tak langsung mesti kita akan teringatkan kenangan-kenangan waktu kita sama-sama dengan mereka dulu. Mungkin sekarang semua dah berubah, tapi seharusnya kenangan-kenangan tu mampu mengukuhkan kali tali persaudaraan ni. Kita berkawan bukan untuk setahun atau beberapa tahun, tapi kalau boleh biarlah sampai akhir hayat. Tanpa sahabat, rasanya tak lengkap hidup kita.

Harapan saya, pada semua sahabat-sahabat yang pernah hadir dalam hidup saya, sama-samalah kita perkukuhkan tali persaudaraan kita ni. Sesungguhnya saya terlalu menghargai anda semua dalam hidup saya. Terima kasih kerana sudi bersahabat dengan saya yang serba kekurangan ni.

p/s : Sheera dan Syadah ada pendapat yang sama pasal saya. Mereka cakap saya makin tembam....Huhuhu...

Ulasan

tomato_masam berkata…
hihi, bukan riki jer makin tembam, kiter pun juge~ hoh0ho, naper tah, susah giler nk susut balik, sbb tensen kort eh? ngee~~ jelesnya dapat jupe shada~~ bila la kita nk gather ramai2 kan~
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
haha...kita buat kelab bdk2 tembam la pasni...

tu la...rasa nak jumpa blk kwn2 lama....

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com