Langkau ke kandungan utama

Tragedi Terbaru JBPM Terengganu...

Terlalu banyak dugaan yang terpaksa dihadapi oleh JBPM Terengganu dalam masa terdekat ni. Beberapa tragedi berlaku terhadap kakitangan secara berturut. Jika bulan lepas kejadian lemas, kali ni kemalangan pula.

Dua hari lepas, 14 Julai 2009 (Selasa), kira-kira jam 5.15 petang, sebuah jentera telah bergerak untuk ke lokasi kemalangan di Sungai Tong, Setiu. Masa tu, saya dan Man ada kat pejabat lagi sebab Tuan Ridzuan minta kami tolong selesaikan satu tugas. Tak lama lepas tu, Tuan Ridzuan menerima satu panggilan yang memaklumkan jentera yang sepatutnya ke lokasi untuk menyelamat telah terbabas dan menjunam ke dalam kawasan kelapa sawit. Saya dan Man bukan main terperanjat lagi. Macam mana jentera yang besar tu boleh terbabas. Rasa macam nak ikut ke ke lokasi kejadian, tapi saya terpaksa balik sebab nak gi tempat adik saya di UMT. Rabu pula saya cuti, jadi tak dapat lagi la gambaran sebenar kejadian.

Hari ni, sampai je kat pejabat, saya dah nampak jentera tu tersadai kat kawasan bengkel. Terkejut gak. Kalau tengok pada keadaan jentera, memang tak percaya je ada yang terselamat sebab keadaannya memang teruk. Alhamdulillah, semuanya selamat. Cuma ada pegawai yang terlibat mengalami kecederaan yang agak teruk. Yang paling teruk pemandu jentera. Sarafnya dikatakan rosak dan mungkin bahagian pinggang ke bawah tidak dapat berfungsi lagi. Ada seorang lagi yang agak teruk sebab ususnya pecah. Dia yang sepatutnya kahwin dalam masa terdekat ni juga patah kaki. malah, seorang pegawai yang agak rapat dengan saya turut tercedera di kepala.

Menurut saksi, jentera yang dibawa bukanlah dalam keadaan laju. Tapi jalan yang berbukit menyukarkan pergerakan, terutamanya selepas hujan yang menyebabkan jalan licin. Dari maklumat yang saya dengar, jentera ni cuba mengelak kereta di hadapan yang dikatakan tidak memberi laluan sewaktu jentera lalui kawasan itu. Akibatnya, jentera terbabas dan terjunam ke sebelah kanan setelah melanggar besi penghalang di tepi. Malah, jentera dikatakan berpusing sebelum terhempas. Itu menyebabkan kerosakan teruk pada jentera.

Memang kejadian ini mengejutkan ramai pihak. Saya berpeluang melihat gambar di lokasi kejadian dan saya akan kongsikan di sini. Anda dapat lihat suasana di lokasi kejadian.









Ulasan

tomato_masam berkata…
huhuhu, tragiknya kejadian tu? naseb baik sumer nyer selamat, tp yang maybe akan lumpuh tu sangat kesian, huhuhu, tragik tragik~
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
tu la...antara tragedi teruk tahun ni...

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...