Langkau ke kandungan utama

Selamat Tinggal, MJ...

Michael Jackson
(29 Ogos 1958 - 25 Jun 2009)


Ucapan dari anak perempuan Michael di majlis memperingati
Raja Pop tersebut.



Setelah lebih seminggu dia meninggalkan kita, akhirnya jenazah Michael Jackson, Raja Pop Dunia selamat dikebumikan.

Pada 26 Jun lepas, ketika kali pertama saya mendengar berita kematian Raja Pop ini di kaca televisyen, saya terkedu seketika. Saya ingatkan berita ini hanya salah faham sebab sebelum ni pun ada juga berita kematian artis ternama sebegini yang sebenarnya hanyalah khabar angin yang tidak tepat. Namun, bila semua saluran berita melaporkan kejadian ini, barulah saya percaya.

Tidak dinafikan, Michael Jackson adalah idola yang menjadi kegilaan peminat seluruh dunia. Dari awal pembabitannya, sehinggalah ke akhir hayatnya, namanya memang cukup dikenali. Malah, kehadirannya ke dalam dunia seni pernah menjadi fenomena yang cukup luar biasa. Aura dan kehebatannya cukup memukau. Apatah lagi setelah dia memperkenalkan tarian yang menjadi identitinya, Moonwalk.

Saya sendiri cukup meminati Raja Pop ini. Dari kecil, saya suka mendengar lagu-lagu hebatnya seperti Beat It, Smooth Criminal dan Billy Jean. Malah, saya pernah menyimpan niat untuk melihat konsertnya di Kuala Lumpur ketika awal tahun 90-an. Tapi masa tu saya kecil lagi, jadi tak dapat la nak tengok.

Bila tersebar berita mengatakan bahawa dia memeluk Islam, saya agak gembira. Sekurang-kurangnya hatinya terbuka untuk mengenal dan melihat keindahan Islam sebelum dia meninggal. Maklumlah, pelbagai cerita negatif kita dengan mengenai kehidupannya selama ini. Mungkin dengan memeluk Islam, dia mendapat ketenangan yang dicari. Sehingga akhir hayatnya, dia masih Islam, walaupun hayatnya sebagai seorang muslim tidak lama. Upacara pengebumiannya telah diadakan mengikut cara Islam, sepertimana dikehendakinya.

Harapan saya, semoga keluarganya tabah dengan pemergiannya. Kita semua doakanlah semoga rohnya ditempatkan di tempat kedudukan yang baik. INSYAALLAH....

Al-Fatihah buat Raja Pop Dunia, Michael Jackson @ Mikhaeel.
( 1958 - 2009 )

Ulasan

tomato_masam berkata…
sian kart MJ kan, huhu, mesti ada org nk kenakan dia, haih, dunia dunia~ tp kan ada kes kata anak2 MJ tu bukan anak2 dia, dah meninggal pun tak aman g, ada je isu2 dia, haih..~~
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
biasa la...dunia dia pun byk sgt konflik...tp bagus gak sebab dia tbuka hati nak masuk Islam...sempat gak dia nyanyi lagu nasyid...hehe...

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad