Langkau ke kandungan utama

Black Juara Mentor 3...

Juara = Black (75.0 markah)
Naib Juara = Chaq (52.8 markah)
Ke-3 = Fira (35.6 markah)

Berikut merupakan kedudukan dan pemarkahan pada aksi terakhir Black, Chaq dan Fira dalam Mentor 3. Sekaligus melayakkan Black membawa pulang wang tunai RM 100,000.00 dan kereta Kia Spectra 5 selaku juara musim ke tiga ini.

Kemenangan Black sememangnya sudah diduga ramai pihak kerana prestasi konsistennya sepanjang musim. Saya sendiri mengagak bahawa Black akan menang tempat pertama. Setiap kali beraksi, Black akan mendapat markah tertinggi untuk mengatasi peserta lain. Dengan suaranya yang unik dan semangatnya yang berterusan sudah cukup untuk menambat hati juri dan para peminat.

Walaupun Black gagal mendapat markah tertinggi dari juri awam, namun itu tidak menghalangnya untuk bergelar juara. namun, tentangan hebat dari Chaq dan Fira tidak dapat dinafikan. Mereka berentap sehabis baik untuk sama-sama berusaha menggapai gelaran juara. Walaupun gagal memecah dominasi kemenangan Black, mereka seharusnya berbangga kerana sampai ke tahap yang boleh dibanggakan.

Juri profesional yang terdiri dari Acis, Zainal Abidin dan Sheikh Haikal rata-rata memuji persembahan mereka. Jika ada komen pun hanyalah dari segi pemilihan lagu dan hala tuju nyanyian mereka. Dari segi persembahan, mereka telah menampilkan yang terbaik.

Setiap peserta menampilkan 3 persembahan iaitu persembahan secara solo, duet bersama artis pilihan dan juga sebuah lagu baru. Untuk artis pilihan, Black menampilkan Mus May dan Shamrin Fotograf sebagai duet. Chaq pula menampilkan adiknya sendiri, Stacy sebagai duet, manakala Fira mengundang juara Gangstarz 2, one Nation Emcees untuk berduet.

Selain persembahan utama, ada juga diadakan pertandingan selingan yang membabitkan Amirul dan Azmarul. Pertandingan yang melibatkan calon ujibakat ini telah menobatkan Azmarul sebagai pemenang dan membawa pulang RM 1,000.

Kepada Black, tahniah diucapkan kerana berjaya mengapai hajat yang diimpikan. Malah, sempat juga Black 'melunaskan' hajat mematahkan rotan yang digunakan oleh mentornya, Mas Idayu. Kepada Chaq dan Fira, teruskan usaha untuk kerjaya anda. Semoga kehadiran anda semua akan mewarnai lagi dunia hiburan tempatan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...