Langkau ke kandungan utama

Dugaan Berterusan...

Sesungguhnya, jika ALLAH telah menginginkan begitu, maka tiada siapa yang mampu menghalangnya. Mungkin ianya dugaan untuk kita.

Seperti kami di JBPM Terengganu, dugaan untuk kami juga berterusan. Entah di mana silapnya, satu persatu dugaan menimpa kami. Sebelum ini saya pernah berkongsi dugaan-dugaan terdahulu yang berlaku. Pada mulanya, kami beranggapan dugaan itu mungkin sudah berakhir. Tapi, nyata sekali kami silap. Masih ada kesilapan kami yang ingin ALLAH tunjukkan.

Ahad lepas, satu lagi kemalangan melibatkan kenderaan jabatan kami. Kenderaan Perodua Kembara yang dipandu oleh pegawai dari Besut terlibat dengan kemalangan. Dari maklumat yang saya tahu, kenderaan ini dilanggar dari belakang sehingga menyebabkan tayar di bahagian belakang tercabut. Mujurlah tiada kecederaan serius yang berlaku. Cuma kenderaan yang agak teruk.

Kenderaan kali ini menjadi kenderaan seterusnya yang tersadai akibat kemalangan untuk tahun ini. Lebih tepat lagi, sejak awal jun, ini adalah kemalangan ketiga melibatkan kenderaan jabatan.

Namun, dugaan kami bukan hanya itu sahaja. Minggu ini, ada 2 kejadian yang menduga kami. Paling baru, malah mungkin boleh dikatakan paling mengejutkan, telah pun berlaku pagi Jumaat yang lalu. Pengarah JBPM Terengganu telah mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat kesilapan semasa melakukan penerjunan. Kejadian berlaku sewaktu beliau berada di Merchang untuk majlis perasmian kepada acara payung terjun.

Saya dimaklumkan oleh bos bahagian saya pada tengahari Jumaat lalu. Memang saya terkejut kerana ini melibatkan Pengarah kami sendiri. Secara tidak langsung, terdetik di fikiran saya dan bos saya, kenapa dugaan seperti ini berterusan menimpa kami...? Di mana silapnya...? Tapi, kami redha dengan semua ini. Mungkin ada yang ingin ALLAH tunjukkan kepada kami.

Sebagai salah seorang kakitangan, saya insaf dengan semua dugaan ini. Saya cukup berharap agar dugaan demi dugaan yang menimpa kami mampu menjadikan kami lebih baik. Lebih baik untuk berkhidmat, lebih baik untuk bekerja, dan lebih baik untuk beramal. INSYAALLAH, kami akan perbaiki segala kekurangan yang ada.

"...Ya ALLAH...Perbetulkanlah kami agar kami kami mampu menjalankan tugas kami dengan betul. Dan jauhkanlah kami dari sebarang malapetaka yang boleh menghancurkan kami. Sesungguhnya hanya Engkau yang paling berkuasa, dan Engkau jugalah yang mampu menunaikan segala hasrat kami. Hanya kepada Mu kamu bersujud, dan hanya kepada Mu kami memohon pertolongan...Amin..."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...