Langkau ke kandungan utama

Perubahan Baru...

Hari ni saya baru mula masuk pejabat. Semalam saya cuti sehari lagi. Saya sampai sini petang semalam sebab saya bertolak dari KB sekitar 1.30 tengahari.

Sepanjang di KB, saya tak keluar sangat. CUma masa hari Sabtu, saya dan adik saya sempat keluar ke bazar Ramadhan kat stadium. Sebelum tu, kami pusing-pusing bandar KB dulu jap. Saja nak tengok perubahan baru kat tengah-tengah pusat bandar tu.

Sekarang ni, banyak perubahan berlaku di pusat bandar. Bangunan Kota Bharu Trade Center (KBTC) dah hampir siap sepenuhnya. Malah, masih ada kerja-kerja pembinaan yang belum selesai. Tapi pasaraya Parkson yang terletak di dalam bangunan tersebut sudah mula beroperasi.

Bukan setakat bangunan itu saja, yang paling ketara adalah dari segi jalan di sekitar pusat bandar tersebut. Jika dulu, terdapat dataran di antara stesyen bas dengan bangunan KBTC, tapi kini sudah ada jalan yang agak luas. Dataran itu telah dibuang dan dijadikan jalan bagi memastikan kawasan sekitar KBTC boleh dilalui. Malah, bentuk jalan sehala menjadikan laluan agak luas.

Kami pusing-pusing sekitar tu je. Nak tengok susun alur jalan supasaya lain kali kalau keluar tak la sesat. Maklumlah, bila dah jadi jalan sehala, kena tau aliran jalan. Nanti tak pasal-pasal asyi pusing tempat sama pulak. Naya je...Hehe...

Apa pun, bila perubahan ini berlaku, pusat bandar nampak lebih menarik dari sebelum ni. Sekurang-kurangnya boleh la menyangkal dakwaan sesetangah pihak yang mengatakan KB tak maju. Rasa tak sabar pulak nak tunggu KBTC siap sepenuhnya. Nanti bertambah satu lagi lokasi saya nak hilangkan bosan....Hehehe...

Ulasan

s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
yela...ilang semua kenangan kat bndar KB sblum ni...huhu

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perbezaan lelaki dan wanita

Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik).
Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa)

Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik)
Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang)

Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh)
Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka)

Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi)

Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap.
Manakala Wanita pula boleh mengeluarkan 100 pata…