Setelah beberapa ketika saya dihimpit dilema, akhirnya saya telah membuat keputusan yang membawa kepada suatu penghujung....
Hari ni merupakan hari terakhir saya berada di Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu sebagai kakitangan sambilan. Setelah 2 tahun berkhidmat di Bahagian Pengurusan, akhirnya saya membuat keputusan untuk tidak menerima lanjutan tempoh perkhidmatan saya. Walaupun hampir kesemua kakitangan lain memujuk saya untuk meyambung khidmat saya, tapi saya terpaksa menolak. Saya telah menetapkan keputusan saya.
Secara peribadi, memang sedih bila nak tinggalkan tempat yang dah banyak meninggalkan kenangan dalam hidup saya. Selain dari mengajar saya selok-belok alam pekerjaan, di sini jugalah saya menimba ilmu untuk mengenal erti hidup sebenar. Terlalu bernilai bagi saya semua pengalaman dan pengajaran yang saya perolehi di sini.
Saya juga agak hiba bila memikirkan bahawa saya akan meninggalkan 'keluarga' baru saya di JBPM Terengganu ni. Merekalah sebenarnya yang banyak membantu saya setiap hari sejak hari pertama saya menjejakkan kaki ke Terenggnu. Dari seorang budak praktikal sehinggalah menjadi kakitangan sambilan, merekalah yang banyak 'menjaga' saya.
Namun, keputusan ini terpaksa juga saya ambil. Ini adalah demi masa depan saya juga. Saya tidak boleh berharap untuk berada di JBPM Terengganu untuk selamanya. Saya perlu mencari peluang dan ruang untuk memajukan dan memperbaiki kehidupan saya. Maklumlah, umur saya dah pun masuk 25 tahun. Jadi, pelbagai perancangan sepatutnya sudah saya lakukan.
Apa pun, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai pelbagai pengalaman menarik sepanjang 2 tahun di sini. Saya tak akan melupakan semua saat-saat manis saya. Semuanya akan tersemat abadi di dalam ingatan saya.
Kepada semua yang banyak membantu saya, jutaan terima kasih saya ucapkan. Sesungguhnya hanya ALLAH saja mampu membalas jasa anda semua. Harapan saya, doakanlah kejayaan dan kebahagiaan saya untuk kehidupan baru saya nanti. INSYAALLAH, jika panjangkan umur dan dimurahkan rezeki, kita akan berjumpa lagi. Terima kasih untuk segalanya...
Selamat tinggal semua....

Ulasan
xde plan apa2 lg...sy nak rehat dulu lah...nak ilangkan seba sikit tekanan yg ada ni...