Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

Sederhana Tapi Meriah...

Aidil Adha kali ni disambut sederhana tapi tetap meriah. Alhamdulillah, dari hari pertama hingga ketiga Aidil Adha, cuaca cerah dan agak baik. Semalam ada juga hujan sikit-sikit, tapi masih nampak cahaya matahari. Hari ni, pagi-pagi lagi dah hujan. Nak mula balik kot musim banjir. Gelombang ketiga pulak. Seperti biasa, saya tak ke mana-mana pada hari raya pertama. Duk rumah je sebab layan tetamu yang datang. Sampai malam pun ada lagi yang datang. Raya kali ni makanan utama tetap nasi la. Ditambanh dengan makanan sampingan lain. Raya kedua baru saya keluar. Tu pun sebelah petang sikit. Pagi-pagi, saya duk rumah lagi. Petang ni adik saya dah bertolak balik ke Terengganu. Jadi, tak leh la nak guna broadband. Kalau nak guna internet, kena la gi CC. Tak pe lah, nak buat macam mana,kan...

Seminggu Tak Jumpa Internet...

Nasib la kalau dah tak kerja, duk umah je, memang la tak dapat jumpa internet. Nak keluar ke CC, susah pulak. Maklumlah, dah musim hujan. Susah nak keluar. Jadi, terpaksalah tahan gian nak main internet. Kalau disingkap balik, banyak peristiwa berlaku dalam seminggu ni. Boleh juga kita kongsi sama-sama. Tapi rasanya macam dah lepas lama je. Macam dah basi pulak...Hehehe... Tak pe lah, nanti kalau ada apa-apa menarik, saya akan kongsi gak ek...

Bosannya Mengganggur...

Letih betul kalau kena jalan kaki dari rumah nak ke CC nih. Kalau gi CC yang dekat je, tak puas hati pulak. Jadi, terpaksalah jalan jauh sikit... Saya sebenarnya bosan sangat bila duk kat rumah. Takde kerja nak buat. Asyik tengok tv je. Tak berkembang langsung rasanya. Kena pulak ada masalah timbul kat rumah. Lagi la saya pening kepala. Tak tahu nak buat apa dah. Terpaksalah sabar je. Nak cakap lebih-lebih, nanti jadi teruk pulak. Nak tunggu kawan-kawan, semua tak balik kampung. Raya AidilAdha nanti pun ramai gak yang tak balik. Lagi la bosan saya kalau macam ni... Huhuhu...

Balik Kota Bharu...

Saya dah nak bertolak balik Kota Bharu nanti. Semua barang dah siap dikemas. Lepas ni, susah la saya nak kemaskini blog atau melayari internet. Maklumlah, rumah saya di Kota Bharuu tak ada talian internet. Jadi, kalau ada masa, saya kena la CC untuk guna internet. Mesti bosan bila dah tak ada kerja ni. Nak buat macam mana, semua keputusan dah dipilih. Sekarang, saya akan mula bina semua diri saya. Mungkin akan makan masa, tapi saya tak akan mengalah. Apa pun, kepada semua, doakan yang terbaik untuk saya. Semoga saya akan berjaya juga nanti. INSYAALLAH...

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2009...

Tahniah kepada skuad bola sepak Negeri Sembilan kerana telah berjaya menjuarai Piala Malaysia 2009. Segalanya serba tidak menjadi untuk pasukan Kelantan. Serangan yang kurang berkesan dan pertahanan yang agak kucar-kacir menyebabkan Kelantan gagal menjulang Piala Malaysia kali ini. Malah, pergerakan mereka agak lambat dan terbatas. Berbeza sekali dengan permainan mereka sebelum ini. Bagi Negeri Sembilan, mereka ternyata berjaya memanfaatkan peluang yang terhidang setelah Kelantan gagal menguasai perlawanan. Malah, pertahanan Kelantan yang rapuh jelas dihukum oleh jaringan pertama Negeri Sembilan . Ini disusuli oleh 2 lagi gol negeri sembilan. Ternyata gol saguhati Indra Putra tidak mampu mengubah apa-apa. Bagaimanapun, saya memuji kecemerlangan Kelantan secara keseluruhan, terutamanya kejayaan untuk mara ke perlawanan akhir. Mungkin tahun depan boleh dijadikan medan terbaik untuk skuad Pahlawan Merah ini untuk mengucup piala. Kepada Negeri Sembilan, tahniah sekali lagi. Permainan yang

Malam Penentu...

Pasukan mana bakal bergelar juara Piala Malaysia 2009...? (Gambar dari Berita Harian) Malam ni, segalanya akan terjawab. Pasukan mana yang akan bergelar juara Piala Malaysia untuk musim 2009. Setelah mengharungi perlawanan demi perlawanan, akhirnya perlawanan terakhir ini menemukan 2 pasukan yang cukup stabil dari awal saingan. Kelantan dan Negeri Sembilan akan membuat perhitungan terakhir. Berdasarkan rekod pertembungan kedua-dua pasukan musim ini, Negeri Sembilan mendapat kelebihan apabila menang 3 dari 4 perlawanan yang berlangsung. Namun harus diingat bahawa kemenangan tunggal Kelantan itu sebenarnya lebih bermakna kerana sekaligus menyingkir Negeri Sembilan dalam saingan Piala FA pada April lalu. Namun, itu semua sekadar rekod lalu. Ianya tak boleh dibuat perbandingan kerana dalam saingan Piala Malaysia, segalanya berbeza. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Malah, taktikal dan persembahan keseluruhan kedua-dua pasukan bakal teruji malam ini. Dari segi sokongan, ternyat

Perjalanan Baru Akan Bermula...

Hari Rabu baru ni saya sempat singgah di pejabat. Lepas balik dari KWSP, saya naik ke bahagian kewangan untuk tunjuk penyata KWSP saya. Ada nak kena betulkan sikit lagi. Sewaktu saya di pejabat, sempat gak saya berjumpa dengan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29, En. Zuraidi. Dia ni dah lama keje. Sebelum ni dia keje di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kiranya sekarang ni dia balik kampung la. Kebetulan jumpa En. Zuraidi ni, dia pun ada la tanya serba sikit tentang tugas kat situ. Saya pun terangkan setakat apa yang patut. Kakitangan kat pejabat pun lega sebab dah ada F29 nih. Maklumlah, saya pun dah berhenti. Jadi, diaorang risau kalau-kalau ada masalah nanti. Dan mereka pun nampaknya tak terjejas dengan ketiadaan saya. Malah, tak ambil pusing pun sama ada saya ada ke tak. Sama je bagi mereka. Jadi, saya rasa saya pun akan teruskan la perjalanan hidup saya. Tak perlu nak berharap atau menunggu apa-apa lagi di sini. Mungkin rezeki saya di sini sudah berakhir. Saya kena

Redha Untuk Segalanya...

Hari ni saya masih lagi berada di Terengganu. Saya kena kemas barang dulu sebelum berangkat pulang sepenuhnya ke Kota Bharu. Mungkin saya akan bertolak balik ke Kota Bharu hari Isnin nanti. Pagi tadi saya menerima SMS dari salah seorang kawan di pejabat. Dia memaklumkan bahawa Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F 29) telah melaporkan diri. Tak pasti pula lelaki ke perempuan. Mungkin orang-orang pejabat rasa lega sebab F29 telah sampai. Maklumlah, dah 3 hari saya berhenti, jadi mungkinlah mereka lega sekarang. Mula-mula saya dapat SMS tadi, memang saya terkejut. Kebetulan pula semua ni,kan. Saya berhenti je dari situ, pegawai F29 pun lapor diri. Kalau saya terima lanjutan kontrak saya pun, mungkin tak lama sebab tuan punya jawatan dah datang. Cuma tiba-tiba je timbul rasa kecil hati sikit dengan pihak jabatan. Bukan apa, dulu saya pernah dijanjikan dengan jawatan F29 di situ. Katanya mereka nak cuba serapkan saya secara kontrak, sebelum difikirkan cara selanjutnya untuk membolehkan sa