Langkau ke kandungan utama

Redha Untuk Segalanya...

Hari ni saya masih lagi berada di Terengganu. Saya kena kemas barang dulu sebelum berangkat pulang sepenuhnya ke Kota Bharu. Mungkin saya akan bertolak balik ke Kota Bharu hari Isnin nanti.

Pagi tadi saya menerima SMS dari salah seorang kawan di pejabat. Dia memaklumkan bahawa Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F 29) telah melaporkan diri. Tak pasti pula lelaki ke perempuan. Mungkin orang-orang pejabat rasa lega sebab F29 telah sampai. Maklumlah, dah 3 hari saya berhenti, jadi mungkinlah mereka lega sekarang.

Mula-mula saya dapat SMS tadi, memang saya terkejut. Kebetulan pula semua ni,kan. Saya berhenti je dari situ, pegawai F29 pun lapor diri. Kalau saya terima lanjutan kontrak saya pun, mungkin tak lama sebab tuan punya jawatan dah datang.

Cuma tiba-tiba je timbul rasa kecil hati sikit dengan pihak jabatan. Bukan apa, dulu saya pernah dijanjikan dengan jawatan F29 di situ. Katanya mereka nak cuba serapkan saya secara kontrak, sebelum difikirkan cara selanjutnya untuk membolehkan saya kekal di situ. Tapi semuanya bagaikan janji-janji kosong je sebab saya tak pernah lihat sebarang usaha dilakukan untuk merealisasikan janji mereka tu. Selepas saya menamatkan khidmat saya selama 2 tahun, jawapannya tetap sama. Akhirnya, jawatan itu telah pun diisi secara tetap oleh orang lain.

Tidak terniat pun saya nak salahkan sesiapa, apatah lagi nak mengungkit. Cuma bagi saya, pihak jabatan seharusnya lebih serius jika benar mereka menghargai usaha saya selama ni. Sepanjang 2 tahun saya berkhidmat di situ, saya telah berikan yang terbaik. Malah, ada kakitangan sendiri mengakui bahawa saya berkhidmat jauh lebih baik dari sesetengah kakitangan tetap yang sedia ada. Saya tak pernah menolak sebarang tugas yang diberikan, walaupun sebenarnya ianya adalah di luar dari tanggung jawab sebenar saya. Saya tak kisah sebab saya ikhlas nak membantu. Sebab itu bila saya dijanjikan sebegitu, saya menyimpan sedikit harapan. Tapi nampaknya harapan saya hanya tinggal harapan. Semua harapan saya dah hancur.

Tak apalah. Mungkin bukan rezeki saya di situ. Saya akan mula balik dari bawah untuk kejar masa depan saya. Mungkin saya dah terlambat sikit, tapi saya tak akan mengalah. Kalau difikirkan, memang la saya malu bila tengok kawan-kawan ramai dah berjaya. Saya pula kena mula balik dari bawah. Tapi, nak buat macam mana. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Saya redha dengan ketentuan hidup saya.

Kepada kawan-kawan, terima kasih kerana sentiasa memberi kata-kata peransang untuk saya. Sesungguhnya saya memerlukan doa-doa dari anda semua.

Saya redha dengan semua ketentuan NYA...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...