Langkau ke kandungan utama

Malam Penentu...

Pasukan mana bakal bergelar juara Piala Malaysia 2009...?
(Gambar dari Berita Harian)


Malam ni, segalanya akan terjawab. Pasukan mana yang akan bergelar juara Piala Malaysia untuk musim 2009. Setelah mengharungi perlawanan demi perlawanan, akhirnya perlawanan terakhir ini menemukan 2 pasukan yang cukup stabil dari awal saingan. Kelantan dan Negeri Sembilan akan membuat perhitungan terakhir.

Berdasarkan rekod pertembungan kedua-dua pasukan musim ini, Negeri Sembilan mendapat kelebihan apabila menang 3 dari 4 perlawanan yang berlangsung. Namun harus diingat bahawa kemenangan tunggal Kelantan itu sebenarnya lebih bermakna kerana sekaligus menyingkir Negeri Sembilan dalam saingan Piala FA pada April lalu.

Namun, itu semua sekadar rekod lalu. Ianya tak boleh dibuat perbandingan kerana dalam saingan Piala Malaysia, segalanya berbeza. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Malah, taktikal dan persembahan keseluruhan kedua-dua pasukan bakal teruji malam ini.

Dari segi sokongan, ternyata Kelantan mendapat kelebihan kerana dikhabarkan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil bakal 'ditawan' oleh hampir 50,000 penyokong Pahlawan Merah. Namun, apa yang diharapkan adalah agar penyokong kedua-dua belah pihak dapat bersabar dan mengawal emosi agar tidak berlaku sebarang masalah nanti.

Kepada kedua-dua pasukan, selamat bermain untuk malam ini. Sebagai penyokong setia Kelantan, saya harap mereka mampu membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu. Buktikan kepada semua bahawa kita bukan lagi pasukan kerdil yang bermasalah, tetapi Pahlawan Merah yang menerajui Piala Malaysia musim ini.

Gomo Kelate Gomo...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

I'm Back...

Ya ALLAH...Lamanya tak update blog ni. Dah bersawang dah ni...hehehe.. Setahun lebih dah blog ni kosong. Mood nak menulis tu macam dah hilang lepas kes laptop hilang tu..Huhu...sedih ni.. InsyaAllah..Saya cuba untuk update balik siki-sikit. Doakan supaya mood tu datang balik...Hehehe...