Langkau ke kandungan utama

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2009...

Tahniah kepada skuad bola sepak Negeri Sembilan kerana telah berjaya menjuarai Piala Malaysia 2009.

Segalanya serba tidak menjadi untuk pasukan Kelantan. Serangan yang kurang berkesan dan pertahanan yang agak kucar-kacir menyebabkan Kelantan gagal menjulang Piala Malaysia kali ini. Malah, pergerakan mereka agak lambat dan terbatas. Berbeza sekali dengan permainan mereka sebelum ini.

Bagi Negeri Sembilan, mereka ternyata berjaya memanfaatkan peluang yang terhidang setelah Kelantan gagal menguasai perlawanan. Malah, pertahanan Kelantan yang rapuh jelas dihukum oleh jaringan pertama Negeri Sembilan . Ini disusuli oleh 2 lagi gol negeri sembilan. Ternyata gol saguhati Indra Putra tidak mampu mengubah apa-apa.

Bagaimanapun, saya memuji kecemerlangan Kelantan secara keseluruhan, terutamanya kejayaan untuk mara ke perlawanan akhir. Mungkin tahun depan boleh dijadikan medan terbaik untuk skuad Pahlawan Merah ini untuk mengucup piala. Kepada Negeri Sembilan, tahniah sekali lagi. Permainan yang ditunjukkan menjadikan pasukan Negeri Sembilan berhak untuk bergelar juara.

Dengan berakhirnya perlawanan ini, maka tutuplah tirai bola sepak negara untuk tahun ini. Selepas ini, semua pasukan akan kembali mencongak persiapan untuk musim 2010. Kepada Pahlawan Merah, berusahalah untuk musim depan kerana kami sebagai penyokong setia akan sentiasa berdiri teguh di belakang anda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...