Semalam saya baru je balik dari kursus di Kuala Lumpur. Bermula dari 30 Mei hingga 2 Jun, saya menghadiri Kursus Effective Presentation Skills di Hotel Adamson, Kuala Lumpur.
Sebenarnya saya kena ganti orang. Hari Jumaat tu, saya dimaklumkan oleh Ketua Jabatan yang saya kena gi kursus. saya tak kisah sangat la sebab memang takde program sangat pun.
Saya bertolak dari Muadzam Shah sekitar jam 10 pagi. Kami sampai di hotel dalam jam 3.00 petang. Mula-mula pening gak nak cari Hotel Adamson ni. Tapi akhirnya jumpa gak. Lepas check in, saya rehat jap. Tapi dalam jam 5 petang, saya ikut kawan-kawan yang dari Muadzam, Ijam dan Khairul jalan-jalan sampai ke Sogo. Masa nak gi tu, terserempak pulak dengan Zura. Sempat la sembang jap. Janji nak jumpa, tapi sampai hari last pun tak sempat nak jumpa. Lepas pusing-pusing, kami balik hotel sebab nak rehat dulu jap. Malam ada aktiviti.
Malam ada sesi suai kenal je. Ada la aktiviti yang dilakukan supaya semua biasakan diri antara satu sama lain. Sambil-sambil, kami dipecahkan ikut kumpulan. Dalam kumpulan, kami kena buat perngenalan untuk kumpulan masing-masing. Kemudian, kami kena perkenalkan ahli kumpulan.
Sepanjang kursus, terdapat 2 pembentangan individu dan 3 secara kumpulan. Memang kursus kali ni memberi banyak tips dan pengajaran untuk membuat pembentangan dalam cara yang baik. Sesi kursus juga agak santai dan tidak terlalu serius. Ini membuatkan peserta berasa selesa dan seronok. Macam-macam gelagat dapat dilihat di kalangan para peserta yang terdiri dari pensyarah politeknik dan kolej komuniti.
Sesi kursus berakhir dalam jam 1.00 tengahari. Majlis diakhiri dengan sesi penyerahan sijil dan sesi bergambar. Rata-rata peserta seronok dengan kursus kali ni. Selain dari pengisian kursus yang berguna, kami juga dapat ramai kenalan baru. Walaupun terdapat kekurangan sedikit pada pihak hotel, tapi secara keseluruhannya kursus kali ni memang bermakna untuk semua.
Diharapkan kepada kawan-kawan yang sama-sama menyertai kursus ni, harap dapat praktik apa yang telah dipelajari. Semoga kita dapat buat yang terbaik. InsyaAllah... Jangan lupa untuk terus berhubung yer...
Ulasan