Pada 2 Oktober 2011 lalu, adik bongsu dalam keluarga saya, Romi Hidayah, telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan insan pilihan hatinya, Asyila Alli. Majlis akad nikah dan bersanding diadakan pada hari yang sama di Kuching, Sarawak.
Agak kecewa sebab saya tak dapat mengikuti rombongan ke Sarawak. Memang sedih gak la tak dapat tengok majlis akad nikah adik saya sendiri sebab kekangan masa. Ketika tu saya baru je balik dari kursus induksi tak dapat nak cuti sebab banyak kerja dah tertangguh sepanjang 2 minggu berkursus.
Majlis di umah kami di Kota Bharu pula akan diadakan pada 12 November 2011 nanti, seminggu selepas Aidiladha. Saya dah sedia cuti untuk majlis tu. Yang majlis ni mesti la kena ada sebab kat umah sendiri, kan...
Apapun, selamat pengantin baru untuk Romi dan Syila. Semoga kalian bahagia hingga akhir hayat. Kepada Syila, selamat datang ke keluarga kami. Cepat-cepat dapat anak ek. Tak sabar nak main dengan baby ni...Hehehe...
Saya kongsikan beberapa keping gambar majlis mereka di Kuching untuk semua.
p/s : Bila adik kawen dulu sebelum abang, confirm la abang yang kena soal. Betul tak...? Saya tak tahu dah nak jawab macam mana...Redha je la...Huhuhu...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ulasan