Langkau ke kandungan utama

Baru Ku Tahu...

Semalam saya menghadiri temuduga di Cosmopoint Kota Bharu. Setelah dihubungi 30 Jun lalu, saya dimaklumkan bahawa permohonan saya untuk jawatan Tutor IT tidak berjaya kerana tiada kekosongan, tetapi saya dikehendaki hadir temuduga untuk jawatan Eksekutif IT.

Sepanjang temuduga, saya agak yakin dengan setiap soalan yang dikemukakan. Malah, saya dianggap mempunyai kelebihan oleh panel yang menemuduga saya berdasarkan pengalaman kerja saya di JBPM Terengganu ini. Bertambah la tahap keyakinan saya.

Kata orang, langit tak selalu cerah...huhu....Bila seorang lagi panel menyoal saya, saya 'kalah'. Disebabkan saya pelajar IT yang mempunyai pengkhususan di dalam rangkaian komputer, saya disoal asas-asas dalam rangkaian. Mula-mula saya memang yakin. Tapi malangnya, 3 soalan berkaitan asas rangkaian yang disoal gagal saya jawab. Memang malu masa tu. Yela, kononnya pelajar rangkaian komputer, tapi bila disoal perkara asas pun tak boleh jawab. Macam mana nak pikul jawatan eksekutif macam ni.

Sememangnya semua soalan yang disoal adalah asas dalam rangkaian komputer, dan saya sememangnya pernah belajar semua perkara ni. Tapi mungkin dah hampir setahun tinggalkan 'alam' rangkaian komputer ni, saya jadi lupa. Semua perkara asas saya dah tak ingat. Masa tu la saya sedar bahawa saya memang belum bersedia menghadapi alam pekerjaan di dalam bidang IT sebegini. Banyak lagi benda yang perlu saya belajar. Semua ini buat saya sedar kelemahan saya sekarang. Macam mana la nak kembalikan ingatan saya pada apa yang pernah saya belajar dulu? Tolong..............

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...