Langkau ke kandungan utama

Penangan Elyana...

Semalam, dengan penuh semangat saya dan Sedi keluar untuk ke tapak karnival. Bukan apa, tak sabar nak tengok Elyana. Hehehe...

Lepas siap makan, kitaorang terus ke tapak karnival. Mula-mula tak ramai sangat la pengunjung yang datang. Mungkin sebab cuaca yang seakan-akan nak hujan. Saya dan Sedi pun ambil tempat jauh sikit dari pentas utama. Persembahan dimulakan dengan tarian kebudayaan oleh sekumpulan penari. Kemudian, penganjur menampilkan penyanyi tempatan, Habsah untuk membuat persembahan. Diikuti pula dengan persembahan oleh Ibnor Reza, penyanyi tahun 80-an. Ibnor Reza sempat menyanyikan 4 buah lagu la dan sebuah lagu baru yang belum berada di pasaran. Denganan 2 buah lagu nostalgia Ibnor Reza, 'Berdiri Seorang Perindu' dan 'Mimpi Yang Tak Sudah' berjaya menarik perhatian penonton.

Tapi, hakikatnya penonton menantikan persembahan dari Elyana. Apa tidaknya, tiga persembahan awal ini tidak mendapat sambutan dari penonton. Malah, ada penonton yang menjerit-jerit seakan 'menghalau' penghibur lain yang membuat persembahan. Betapa kuatnya aura dan penangan Elyana pada malam ini.

Dan masa ditunggu sudah tiba. Elyana kelihatan 'comel' apabila muncul di pentas dengan pakaian serba hitam. Serentak juga para penonton terus merapati pentas utama untuk melihat dengan lebih jelas lagi penyanyi kesayangan ramai ini. Persembahan dimulakan dengan lagu popularnya 'Tak Tercapai Akal Mu' dan diikuti pula dengan lagu yang sedang hangat 'Kalis Rindu'. Kemudian, Elyana dan pengacara mengajak beberapa orang penonton naik ke pentas untuk bermain permainan 'berebut kerusi'. Macam-macam gelagat dapat disaksikan sehinggakan penonton tidak kering gusi.

Selesai permainan, Elyana menyambung persembahan dengan mendendangkan lagu "Kau Atau Aku'. Persembahannya diakhiri dengan menyanyikan lagu Melly Goeslow, 'Ku Bahagia'. Walaupun hanya menyanyikan 4 buah lagu, namun peminat nyata cukup gembira dengan penampilan Elyana kali ini. Saya dan Sedi sendiri cukup 'teruja' melihat persembahan Elyana. Rasanya berbalaoi walaupun kena tunggu agak lama.

p/s: Tak tahu bila boleh tengok Elyana lagi...hehehe

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...