Langkau ke kandungan utama

Sibuknya...

Rasanya saya makin kurang 'merapu' dalam blog ni...Bukannya dah bosan tapi tak sempat nak post. Banyak kerja nak buat kat pejabat. Biasa la, bila ada urusan permohonan pemangkuan jawatan baru, mesti sibuk sikit. Nak sedia maklumat untuk anggota-anggota bomba ni.

Tapi dalam kesibukan kerja kat pejabat ni, saya sebenarnya masih lagi duk cari kerja-kerja lain. Bukan apa, persediaan awal sebelum tempoh kerja saya di sini tamat. Rasanya dah tak lama kot. Tempoh kerja saya samapi hujung Oktober ni je. Lepas tu, kena la cari kerja lain.

Apa pun, saya harap sangat dapat kerja sebelum tempoh kerja sekarang tamat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …