Langkau ke kandungan utama

Jangan Malukan Diri Sendiri...

Semalam saya sempat berkunjung ke Karnival Terengganu 2008 yang bertempat di Pantai Batu Burok. Karnival yang menempatkan pelbagai gerai jualan ini dianjurkan khas sempena Tahun Melawat Terengganu 2008. Karnival ini juga turut diserikan dengan nyanyian artis-artis terkenal. Lepas jalan-jalan, saya dan Sedi lepak kat pentas untuk tengok persembahan.

Persembahan dimulakan dengan nyanyian dari Wani, seorang pelajar UiTM Melaka yang berasal dari Kemaman. Wani yang aktif di peringkat UiTM dijemput untuk membuat persembahan dan 6 buah lagu didendangkan. Persembahan disambung pula dengan artis yang dijemput khas, Izwan Pilus dan Syura. Masing-masing mendendangkan 3 buah lagu secara solo dan sebuah lagu duet.

Apa yang ingin saya katakan di sini adalah mengenai sikap segelintir penonton yang hadir menonton persembahan tersebut. Sikap yang boleh dianggap 'tidak sopan' akan mencemarkan imej rakyat Terengganu. Mungkin kerana mereka berada dalam kumpulan yang besar, mereka menjadi berani untuk membuat gelagat-gelagat yang tidak senonoh sambil mengucapkan kata-kata yang tidak sesuai, terutamanya di hadapan artis jemputan dan juga penonton-penonton lain. Malah, apabila diajukan pembesar suara kepada mereka, dengan kurang sopan mereka mengucapkan sesuatu yang memalukan dan mempunyai maksud yang agak lucah kepada Syura. Sebagai artis jemputan, Izwan Pilus dan Syura hanya mampu menggelengkan kepala melihat tingkah laku mereka yang agak keterlaluan.

Sebagai antara penonton yang ada di persembahan itu, saya berasa cukup malu dengan tindakan mereka. Mereka seharusnya menjaga tingkah laku mereka di acara-acara sebegitu. Malah, mereka juga tidak seharusnya menjatuhkan air muka artis yang hadir membuat persembahan kerana tindakan mereka akan memberi gambaran yang buruk kepada pengunjung luar terhadap masyarakat Terengganu. Mujurlah artis yang dijemput semalam cukup profesional. Mereka masih mampu mengawal keadaan yang kadang-kadang menjadi agak 'huru-hara'. Malah, Izwan Pilus sendiri sempat memberi isyarat kepada beberapa petugas untuk mengawal tindakan penonton yang semakin keterlaluan. Penganjur pula lebih suka untuk tunggu dan lihat sahaja. Tidak ada sebarang tindakan untuk mengawal penonton yang boleh menjejaskan kelancaran acara.

Bagi saya, sebagai penonton, kalau pun mereka tidak mampu memberi kerjasama kepada artis untuk melancarkan majlis, sekurang-krangnya jaga la maruah diri mereka sendiri. Jangan hanya fikir untuk berfoya-foya semata-mata tanpa memikirkan keadaan sekeliling. Belajarlah cara untuk menghormati para tetamu, penonton lain serta diri sendiri. Yang penting, janganlah melakukan sesuatu yang boleh memalukan diri sendiri.....

p/s: Sebab tu saya jarang berkunjung ke acara sebegini kerana tahu akan ada perkara-perkara yang saya tidak ingin lihat akan berlaku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad