Langkau ke kandungan utama

Temuduga lagi...

Alahai...boring betul duk pejabat bila tak leh guna internet. Jadi tak tentu hala pulak jadinye. Dah gian nak main internet kot. Hehe....

2,3 hari lepas, saya ada cakap pasal kerja. Tapi tak sangka pulak dapat panggilan untuk temuduga. 2 Ogos ni kat Farmasi Ehsan, Pasir Puteh. Tak tahu kat mana tempatnya. Cuba je la gi sana. Mana tau ada rezeki kat sana. Tapi kena sedia lebih sikit la. Tak nak dah jadi macam temuduga kat Cosmopoint baru-baru ni.

Apa pun, doakan la yang terbaik untuk saya ek...Hehehe

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com