Langkau ke kandungan utama

Coretan PAC Di INTIM...

Seperti yang saya janjikan, hari ni saya nak kongsi pengalaman saya sepanjang program PTD Assessment Center (PAC) yang berlangsung pada 12 Disember lalu.

Untuk pengetahuan semua, bermula edisi kali ini, format untuk program PAC telah diubah untuk disesuaikan dengan keperluan dan keadaan semasa. Jika sebelum ini, para peserta akan berkampung selama 3 hari di pusat aktiviti, tetapi bermula edisi kali ini, hanya sehari digunakan untuk penilaian. Dengan kata lain, tempoh program ini telah disingkatkan. Namun, pengisiannya tetap sama.

Saya bertolak dari bandar Kuala Terengganu seawal jam 6.30 pagi dengan menaiki kenderaan jabatan. Saya cukup berterima kasih kepada bos saya kerana telah menguruskan pengangkutan saya ke tempat program, iaitu Institut Tadbir Negara (INTAN) Wilayah Timur di Chukai, Kemaman. Tanpa ada sebarang masalah sepanjang perjalanan, saya tiba di INTAN pada jam 8.30 pagi, lebih awal dari yang dijangkakan.

Sesi pedaftaran bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 9.30 pagi. Setibanya saya di tempat pendaftaran, iaitu di perkarangan Blok Eksekutif, saya lihat sudah ramai calon lain yang beratur untuk mendaftar. Saya terus menempatkan diri di barisan lain untuk turut mendaftar. Sedang saya menunggu giliran, saya didatangi seorang urusetia yang meminta saya menanggalkan 'blazer' yang saya pakai. Saya hanya mampu menurut, walaupun niat asal saya memakai 'blazer' adalah untuk menampakkan imej kemas seorang calon PTD.

Semasa sesi pendaftaran, saya sempat berkenalan dengan beberapa calon lain yang terpilih. Antaranya adalah dari Kedah dan Kuala Lumpur. Ada diantara mereka yang tiba lebih awal kerana jarak perjalanan yang jauh dan memerlukan mereka merancang perjalanan dengan teliti. Sepanjang sesi pendaftaran, para calon turut diukur ketinggian dan berat badan sebagai rekod pihak urusetia. Malah, gambar turut dikehendaki mengambil gambar di bilik yang disediakan. Rasa macam tahanan di lokap pula apabila bergambar dengan nombor pengenalan diri tergantung di leher...Hehe... Maklumlah, setiap calon diberi nombor pengenalan diri dan wajib digantung di leher sepanjang program berlangsung. Nombor pengenalan saya adalah 197.

Selesai sesi pendaftaran, semua calon berkumpul di Dewan Samudera, iaitu di tingkat atas Blok Eksekutif kerana sesi taklimat akan disampaikan bermula jam 9.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Dua taklimat telah disampaikan. Memulakan acara ialah ucapan dari Pengarah INTAN Wilayah Timur yang turut mengalu-alukan kehadiran para calon. Calon diberikan penerangan tentang keadaan sekitar di INTAN Wilayah Timur yang turut dipanggil sebagai INTIM. Malah, kami turut diperkenalkan dengan kemudahan yang ada.

Kemudian, kami diberi taklimat oleh pegawai dari unit Diploma Pengurusan Awam, yang juga merupakan urusetia program. Kami diterangkan tentang aktivit yang bakal dijalani oleh calon. Malah, kami juga diberi penerangan tentang proses yang bakal dilalui oleh calon sepanjang pemilihan untuk menjadi PTD berdasarkan format baru ini. Menurut pegawai tersebut, calon yang terpilih untuk PAC kali ini adalah golongan pertama yang dinilai menggunakan format terkini, iaitu proses yang PAC yang dijalani ini sebagai Pra-PAC. Melalui format baru ini, calon yang lulus Pra-PAC akan menjalani temuduga. Apabila calon lulus temuduga, calon akan dilantik menjadi PTD, tetapi dengan status jawatan kontrak selama 2-3 tahun. Sepanjang tempoh ini, calon perlu menjalani beberapa prosedur dan penilaian lain. Antaranya ialah ujian psikologi, PAC sebenar dan beberapa penilaian lain. Jika lulus, calon akan mengikuti Diploma Pengurusan Awam selama 6 bulan. Sepanjang 6 bulan, calon akan diberi pelbagai pendedahan, antaranya latihan seminggu di kem tentera, maktab polis dan akademi bomba. Latihan-latihan ini penting bagi membentuk disiplin calon. Selain itu, pelbagai aktivit lain bakal dijalani oleh calon. Jika lulus kesemuanya, barulah calon akan diserap menjadi PTD tetap. Semasa sesi soal jawab, pelbagai soalan diajukan, terutamanya dari mereka yang sudahpun mempunyai jawatan tetap di dalam agensi kerajaan.

Jam 10.45 pagi, aktiviti pertama bermula. Saya berada di dalam kumpulan 5, dan akan menjalani aktiviti di Bilik PERGAU yang terletak di Blok Akademik. Aktiviti pertama ini ialah sesi perbincangan di dalam Bahasa Inggeris. Dengan tajuk 'Malaysia My Second Home Program - A Loss Or Gain To Tourism Industry', calon dikehendaki membincangkan dan memberi pendapat mengenai tajuk ini. Ketika inilah saya rasa bertapa kerdilnya diri saya bila berdepan calon-calon lain. Majoriti calon di dalam kumpulan saya fasih memberi pendapat masing-masing, sedangkan saya masih tergagap-gagap untuk mencelah. Mujurlah Shahrul, seorang rakan kumpulan saya memberi laluan kepada saya untuk memberi pendapat. Namun, penyampaian saya cukup terbatas kerana saya sudah lama tidak berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris. Ini menyebabkan percakapan saya kerap kali terhenti. Namun, saya cuba juga menyempurnakan pandangan saya yang akhirnya disokong oleh beberapa calon lain. Aktiviti ini berakhir jam 11.30 pagi.

Kemudian, saya terus bergegas pula ke Bilik Bengkel 1 di Blok Pentadbiran untuk menyertai kumpulan 11 sepanjang aktiviti kedua. Aktiviti kali ini merupakan sesi hujah menggunakan Bahasa Malaysia. Menyedari kekurangan saya semasa aktiviti pertama, saya tekad untuk membuat yang terbaik kali ini. Lebih-lebih lagi, tajuk yang dibincangkan bagaikan menyebelahi saya. Dengan tajuk 'Rukun Tetangga Lebih Penting Dari Sistem Keselamatan Berteknologi Tinggi', saya gunakaan segala pengetahuan saya sebagai pelajar jurusan teknologi maklumat untuk membangkang tajuk ini. Selaku pembangkang pertama, idea saya cuba dikritik oleh pihak pencadang. Tapi, saya masih mampu mempertahankan hujah saya. Sekurang-kurangnya, kumpulan pembangkang dilihat lebih tepat dalam menyampaikan hujah kali ini. Secara tidak langsung, ini menambahkan sedikit keyakinan saya. Aktiviti ini berakhir jam 12.40 tengahari bagi membolehkan calon-calon lelaki untuk ke masjid menunaikan Solat Jumaat. Selesai solat, kami terus ke Dewan Banquet untuk makan.

Selesai makan, kami terus bersiap dengan pakaian sukan kerana aktiviti terakhir ini merupakan aktiviti fizikal. Bermula jam 2.45 petang, kami dikehendaki berkumpul di Kompleks Sukan mengikut kumpulan. Sebagai permulaan, setiap kumpulan diberikan 2 buah lagu iaitu Aspalela dan lagu Hindi, Bole Chudiyan. Berdasarkan lagu ini, kami perlu mereka senaman yang berseuaian. Ternyata aktiviti ini memerlukan kerjasama semua ahli kumpulan. Pelbagai aksi menarik dapat disaksikan, sampaikan dah tak nampak macam senaman. Kumpulan saya sempay juga berguling-guling atas tanah, kononya macam cerita Bollywood...Hehe...

Tapi itu hanya acara pemanas badan kerana aktiviti sebenar lebih berat dan keras. Kali ini, pihak urusetia yang mengendalikannya. Kami dikehendaki membuak senaman yang agak 'keras' dalam jumlah yang banyak. Sampaikan ramai yang tak dapat tahan dan menarik diri dari aktiviti. Saya sendiri hampir-hamopir pengsan, ditambah pula dengan kekejangan yang berlaku pada perut, kedua-dua peha dan betis saya. Saya cuba untuk tidak menarik diri walaupun dah ada tenaga lagi untuk berdiri. Secara peribadi, saya akui bahawa ini adalah kali pertama saya 'dikerjakan' sedemikian rupa. Macam nak nangis pun ada rasanya...Huhu...

Secara keseluruhannya, saya telah cuba yang terbaik mengikut kemampuan saya. Namun, saya sedar kekurangan yang ada pada saya sepanjang program berlangsung. Jadi, saya memang tidak meletak walau sedikit pun harapan. Saya tahu, mungkin saya tak akan terpilih sebab ramai lagi yang berkelayakan dari saya. Memang saya agak sedih, tapi saya rasa saya boleh terima hakikat yang saya sebenarnya 'gagal' menyempurnakan impian saya. Saya harap pengalaman yang saya lalui akan menjadikan saya seorang yang lebih berguna. Malah, saya harap lepas ni saya dapat menjadi Riki Riswandi yang baru, bukan lagi Riki Riswandi yang lemah. INSYAALLAH, saya akan segera bangkit dari kekecewaan ini. Doakanlah kejayaan saya di masa hadapan.

p/s : Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan yang berterusan kepada saya, terutamanya keluarga dan bos saya di pejabat, Tengku Faizah. Tidak dilupa, kakitangan lain di pejabat saya. Nasihat dan ajaran dari anda semua akan saya ingat hingga akhir hayat saya. Terima kasih...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad