Salam Maal Hijrah 1430 H....
Hari ni merupakan hari kedua di dalam tahun baru Islam iaitu 2 Muharam 1430 H. Pelbagai perasaan dapat dirasai sepanjang menyambut tahun baru Islam kali ni kerana beberapa kejadian yang berlaku di seluruh dunia.
Di negara kita, suasana sedih menyelubungi rakyat sekalian, terutamanya rakyat jelata di Negeri Sembilan apabila Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan mangkat pada 27 Disember lalu akibat serangan angin ahmar. Almarhum dimakamkan semalam dengan penuh adat istiadat setelah selesai majlis pemasyuran Yang DiPertuan Besar yang baru.
Malah, negara kita dikejutkan juga dengan kebiadapan sebuah laman blog yang secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad S.A.W. melalui tulisannya serta karikatur yang cukup biadap. Pelbagai pihak bangkit menyatakan kemarahan dan kekesalan terhadap tulisan blog ini yang belum dipastikan kesahihan pemiliknya. Ternyata situasi ini sekali lagi mencetuskan kemarahan umat Islam ni negara kita, terutama sekali menjelangnya sambutan Maal Hijrah.
Selain itu, dunia dikejutkan dengan serangan besar-besaran oleh Israel ke atas Palestin. Serangan Rejim Zionis itu dilakukan terhadap Wilayah Gaza yang diterajui Hamas dan telah mengorbankan ratusan nyawa. Antara tempat yang menjadi sasaran adalah hospital dan tempat tumpuan orang awam.
Secara peribadi, saya beranggapan bahawa ini merupakan antara petanda dan juga peringatan kepada semua umat Islam, khususnya di negara kita akan rintangan dan juga cabaran yang bakal dihadapi di hari-hari mendatang. Ancaman dan juga provokasi dari pihak lain yang nyata tidak senang dengan ISlam semakin menjadi-jadi. Mereka terus-terusan mempertikai dan memperkecilkan umat Islam, malah umat Islam dizalimi dengan kejam.
Sebagai umat Islam, kiat seharusnya bangkit dan bersatu bagi menangkis segala ancaman dari pihak luar yang semakin hebat ini. Untuk menghadapi semua ini, ternyata perubahan perlu dilakukan dalam kehidupan kita. Jika selama ini kita agak lalai dan leka dengan kesenangan yang ada sehingga kita terlupa tanggungjawab kita sebagai umat Islam, seharusnya kita mula 'bangun dari mimpi indah' ini dan kembali ke landasan sebenar di dalam perjuangan Islam. Perjuangan bagi memastikan hidup kita tetap diredhai di dunia dan akhirat. Malah, penghayatan hijrah itu sendiri mampu mendorong kita untuk berubah, sejajar dengan kehendak Islam.
Bagi saya sendiri, saya cukup bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di dalam keadaan yang serba kekurangan ini. Secara tidak langsung, saya turut terpanggil untuk berhijrah. Bukan bermakna saya ingin berpindah ke tempat lain dan berhenti dengan kerja saya sekarang, tapi hijrah yang lebih besar maknanya dalam kehidupan saya. Saya ingin hijrah dari seorang yang lalai pada tanggungjawab saya kepada seorang yang patuh. Seorang yang kurang baik kepada seorang yang baik. Hijrah yang mungkin memberi saya lebih rahmat dan hidayah dari ALLAH S.W.T.
Walau apa pun, segalanya terletak kepada kekuasaan ALLAH S.W.T. kerana kita hanya mampu merancang. Saya terima segala takdir yang telah ditentukan untuk saya. Semoga segala yang saya harapkan akan terlaksana...INSYAALLAH...

Ulasan