Langkau ke kandungan utama

Selamat Tinggal 2008...

Seperti yang dijanjikan, hari ni saya ingin menyorot kembali beberapa perkara yang berlaku pada saya sepanjang tahun 2008. Maklumlah, hari ni adalah hari terakhir dalam tahun 2008. Secara tidak langsung, boleh juga la saya menilai kembali apa yang berlaku untuk pedoman dan panduan sepanjang tahun baru 2009 ni, serta tahun-tahun yang akan datang.

Pertama sekali, saya ingin menyingkap kembali peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku dalam pekerjaan saya sepanjang tahun 2008. Seperti yang semua sedia maklum, tugas saya sebagai Pembantu Sistem Maklumat secara sambilan menjadi pekerjaan saya yang pertama selepas tamat pengajian. Bekerja di tempat saya menimba pengalaman sepanjang menjalani praktikal sedikit sebanyak membantu saya untuk menyesuaikan diri. Sedikit demi sedikit, kakitangan lain mula merasai dan menerima kehadiran saya di sini. Malah, berbekalkan pengalaman ini, bukan sesuatu yang sukar untuk saya menonjol dan menjadi antara 'nadi utama' di pejabat.

Saya semakin dipercayai oleh pihak atasan di pejabat saya. Ini terbukti apabila saya diberi beberapa tugas yang agak penting. Malah, saya juga diberi peluang untuk mencari calon untuk menjadi rakan sejawatan saya, dengan harapan bertambah seorang lagi kakitangan yang mampu berkhidmat seperti saya. Dari sini, saya mengajak Man untuk bekerja di pejabat saya. Secara tidak langsung, gandingan antara saya dan Man menjadikan kami lebih dihormati dan disegani. Saya tidak sangka bahawa sumbangan saya sedikit sebanyak mampu membantu pejabat saya untuk meraih gelaran johan sempena Hari Kualiti JBPM Malaysia. Ini menjadi antara sebab mengapa khidmat saya terus disambung beberapa kali.

Cuma, mungkin 'detik hitam' yang berlaku antara saya dan PRO di jabatan saya membuatkan saya berfikir panjang untuk menyambung kontrak saya. Malah, keputusan saya untuk memikirkan semula penyambungan kontrak saya mengundang kerisauan pada beberapa orang kakitangan di pejabat saya, termasuklah Man dan bos pejabat saya. Bagi mereka, saya masih diperlukan di sini. Berbekalkan semangat dan perangsang, saya setuju untuk menerima penyambungan kontrak saya. Malah, semua orang tahu saya tidak pernah bersalah di atas 'detik hitam' yang berlaku. Kebenaran telah membuat saya lebih matang dalam menilai sikap seseorang.

Mengenai keluarga pula, sepanjang tahun 2008, saya telah berjaya menunaikan satu lagi hajat besar kedua ibu bapa saya. Apa lagi kalau bukan untuk melihat saya selamat menerima segenggam ijazah. Walaupun tidak mampu mengejar keputusan yang terbaik, namun keluarga tetap berbangga dengan pencapaian saya. Tentu sekali saya merasa puas melihat senyuman bangga terukir di bibir ibu bapa saya. Mungkin selepas ingin menunaikan hajat mereka yang lain pula. INSYAALLAH...

Selain itu, saya juga dikurniakan seorang lagi anak saudara perempuan. Nurul Farhana lahir pada 22 Ogos 2008, 5 hari sebelum ulang tahun kelahiran saya ke 24. Mak saya cakap, saya ada seorang lagi pengikut sebab anak saudara sulung saya, Nurul Syafika, juga lahir pada bulan Ogos, iaitu 13 Ogos 2005. Nampaknya dah makin tua saya ni ek.....Hehehe...

Pasal jodoh pula, nampaknya masih tak ada rezeki lagi. Walaupun dah makin ramai kawan-kawan yang kahwin, saya masih lagi tak ada awek...Hehehe...Tak laku kot. Maklumlah, bila badan dah makin berisi ni, tak ada yang berkenan kat saya. Lain la kalau tubuh saya masih macam dulu, mungkin laku lagi kot....Hahaha....

Secara keseluruhan, saya merasakan tahun 2008 ni banyak mengajar saya erti sebenar kehidupan. Sepanjang tahun 2008, saya dapat belajar erti persahabatan dan kematangan. Saya juga berpeluang merasai pelbagai pengalaman berguna untuk masa depan. Mungkin bukan tahun yang sempurna untuk saya, namun sudah cukup untuk membuat saya gembira. Tapi, tidak bermakna saya sudah puas dengan pencapaian saya kerana saya tahu saya mampu buat lebih baik.

Untuk tahun 2009, saya berharap agar saya akan dapat sesuatu yang lebih baik. Tidak kiralah dari segi pekerjaan saya, keluarga atau apa saja. Semoga ada impian saya yang tercapai sepanjang 2009 nanti.

Kepada kawan-kawan, terima kasih kerana masih bersama saya. Mungkin selama ini saya pernah menyakiti hati anda, maaf saya pohon dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Semoga persahabatan yang wujud antara kita akan menjadi semakin erat.

Biarlah kita tinggalkan tahun 2008 dengan seribu kenangan yang bermakna.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad