Langkau ke kandungan utama

Program PTD Assessment Centre (PAC)...

Banjir oh banjir...Dah sampai pun musim banjir...Hehehe...

Saya bukan nak cakap pasal banjir sebenarnya. Ada benda lain yang saya nak kongsikan. Kalau tengok pada tajuk hari ni, program PTD Assessment Centre (PAC), ianya sebenarnya merupakan satu program yang saya akan sertai.

Hujung bulan Ogos lepas, saya ada menjalani peperiksaan untuk Skim Gred 41 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Saya menduduki peperiksaan untuk 3 jawatan iaitu Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M41), Pegawai Tadbir (N41) dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (S41). Keputusan peperiksaan ini diketahui awal November lepas. Saya hanya lulus untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik(M41) atau PTD. Saya memang tak jangka kerana menurut orang-orang di sekeliling saya, susah nak dapat PTD ni.

Semalam, saya buka laman web SPA dan terlihatkan pengumuman untuk program PAC ni. Saya cuba semak nombor kad pengenalan saya. Sah...Nama saya turut tersenarai. Mula-mula saya tak tahu mengenai program ni. Bila kakitangan lain di pejabat saya maklumkan pada saya, barulah saya tahu. Program ni merupakan salah satu peringkat yang akan dilalui bagi calon PTD.

Semasa program ni, setiap calon akan dinilai sepanjang masa melalui penampilan dan pergerakan calon. Banyak aktiviti yang akan dilakukan, antaranya ialah aktiviti berkumpulan, pengucapan awam, dan aktiviti-aktiviti lain. ujian juga rasanya akan diadakan. Saya pun kurang pasti kerana belum dapat surat tawaran dan penerangan sebenar. Program ni akan diadakan pada 12 Disember ni, di INTAN Wilayah Timur, Kemaman, Terengganu.

Secara peribadi, saya sekarang dalam keadaan 'risau' kerana tak tahu apa akan berlaku nanti. Dari pengalaman mereka yang pernah melaluinya, program ni memang susah. Maklumlah, jawatan PTD ni susah nak dapat. Jadi, pemilihan pun memang ketat. Saya tak harapkan apa-apa, cuma nak cari pengalaman. Harap-harap tak ada masalah nanti.

p/s : Doakan saya selamat menjalani program ni ek...Hehehe...Macam nak perang je...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad