Langkau ke kandungan utama

Hancur Zionis, Bangkit Palestin...

Dalam keadaan yang masih lagi tegang, elok rasanya jika saya sentuh sedikit mengenai konflik di Tebing Barat yang semakin meruncing.

Bermula 27 Disember 2008, Rejim Zionis telah mula melancarkan serangan besar-besaran di Gaza dengan alasan untuk membalas tindakan pejuang Hamas yang telah menyerang Wilayah Israel. Namun, sandiwara Zionis itu tidak akan dapat menyembunyikan niat sebenar mereka yang mahu melihat kehancuran umat Islam, terutamanya yang berada di Gaza. Bermula dengan serangan udara, mereka sudah pun memasuki Gaza melalui darat.

Semalam, genaplah 16 hari serangan Rejim Zionis ini ke atas rakyat yang tidak berdosa di Palestin itu. Saban hari, pelbagai pihak melaungkan kecaman terhadap kebiadapan tentera Israel itu. Malah, penduduk di seluruh dunia melakukan demontrasi hampir setiap hari bagi membantah pendudukan tentera Israel ini di Wilayah Gaza yang diterajui Hamas.

Di negara kita juga dapat dilihat pelbagai pihak tampil untuk mengecam, mengutuk dan membantah kekejaman Rejim Zionis ini. Tidak kurang juga pihak yang mengambil inisiatif untuk mengumpul derma dari rakyat Malaysia bagi disalurkan kepada penduduk di Palestin, khususnya yang menjadi mangsa serangan di Gaza. Bukan sahaja menghulurkan wang dan perlatan untuk mangsa di Gaza, malah kita tidak jemu-jemu untuk 'berjuang' bersama-sama dengan rakyat Islam di Gaza dengan mengadakan solat hajat serta doa yang dipanjatkan agar terpelihara kesucian Islam dan keselamatan penduduk di Palestin. Malah, doa turut ditabur bagi memohon petunjuk dan kebesaran ALLAH S.W.T agar dapat menghancurkan puak Yahudi ini di muka bumi Palestin.

Hari ini, satu sidang khas parlimen diadakan bagi menunjukkan sokongan Kerajaan Malaysia terhadap kedaulatan Palestin yang semakin dicabul oleh kerakusan puak Yahudi di Israel. Dengan harapan agar dapat menjelmakan sesuatu untuk membantu, para ahli parlimen akan menjadi suara kepada rakyat Malaysia yang mahu Rejim Zionis ini berundur dari Gaza dan seterusnya mengembalikan kedaulatan penduduk Palestin.

Sebagai umat Islam, saya turut mengambil kesempatan ini untuk menyeru agar kita sama-sama berdoa akan keselamatan dan keamanan penduduk di Palestin dari ancaman Zionis. INSYAALLAH, berkat doa dari seluruh umat Islam di dunia, tidak mustahil Palestin akan mengecap kemerdekaan mereka dari taklukan Israel.

Hancurlah Zionis...
Bangkitlah Palestin...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Cuba...

Hari ni, saya nak meredakan sikit ketegangan yang berlaku di sekeliling. Dengan politik pilihanraya, situasi pejabat, ekonomi dunia, dan macam-macam lagi. Apa kata kita layan lirik lagu ni pulak. Kali ni, saya nak kongsi lagu Cuba nyanyian Faizal Tahir. Saya suka dengar lagu ni sebab melodi sedap dan liriknya ada kaitan dengan saya. Bukan apa, lirik lagu ni banyak berlaku pada semua orang. Termasuk juga pada saya. Jadi, kita layan je la ek...Hehehe... Faizal Tahir - Cuba Cuba kau dengar Cuba kau cuba Diam bila ku cuba Untuk berbicara dengan kamu Pernahkah kau ada Bila ku perlu Untuk meluahkan rasa hati Dan bila kau bersuara Setia ku mendengar Agar tenang kau merasa Siapa sebenarnya aku padamu Mungkin sama dengan teman lain Yang bisa kau buat begitu Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku Itulah aku…padamu Cuba kau lihat Cuba kau cuba Renung ke mata aku Bila ku kaku melihatmu Pernahkah kau ada Bila ku perlu Untuk menyatakan rasa sakit dalam diri Dan bila kau perlu S...