Langkau ke kandungan utama

Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu...

Saya bukan nak cakap pasal politik sebenarnya. Tapi apa yang saya nak kongsi di sini adalah suasana di Kuala Terengganu ketika ini.

Seperti biasa, kalau ada pilihan raya kecil, seluruh negara akan memberi tumpuan kepada kawasan tersebut. Untuk situasi sekarang, Kuala Terengganu adalah tumpuannya. Semua jentera pilihan raya bagi parti kerajaan, pembangkang atau bebas akan berkumpul di Kuala Terengganu sehingga tamat pilihan raya.

Saya bukan nak cerita kronologi pilihanraya sebenarnya, tetapi apa yang saya nak bicarakan adalah kesan langsung atau tidak langsung pilihan raya kecil ini kepada masyarakat setempat. Jangan salah faham, bukan nak timbulkan 'huru-hara' antara kita, tapi sekadar renungan.

Pertama sekali, apa yang saya nak kongsi sekarang adalah keadaan lalu lintas. Sejak SPR umum pasal pilihan raya ni, jalan raya di sini makin sesak. Penuh dengan kenderaan dari luar. Semuanya barangkali anggota jentera dari parti-parti yang bertanding. Tumpuan utama mereka adalah di pusat bandar dan kawasan tumpuan. Kalau nak cari tempat letak kereta, memang susah. Semalam, sempena penamaan calon, banyak jalan yang ditutup. Akibatnya, jalan begitu sesak sekali. Tak tahu berapa kilometer kenderaan terpaksa beratur untuk melalui jalan alternatif yang lain. bayangkan, ada kakitangan yang sepatutnya masuk pejabat berkerja jam 8.00 pagi tiba di pejabat jam 9.00 sehingga 9.30 pagi. Kesian...Mujur la saya duk dekat je dengan pejabat...Hehehe...

Perkara kedua yang ingin saya sentuh adalah mengenai harga. Bila dah ramai orang luar datang ke Terengganu, para peniaga mula berlumba-lumba untuk menaikkan harga barangan semata-mata untuk mendapat untung yang lebih. Bagi peniaga, orang luar yang datang ke sini tidak akan terasa sangat sebab mereka sudah biasa dengan taraf hidup yang tinggi. Yang menjadi mangsa adalah penduduk Kuala Terengganu sendiri. Baru je duit habis untuk peralatan persekolahan anak-anak, tiba-tiba harga barang pula naik. Tentu la ada yang terjejas dari segi kewangan mereka.

Sepatutnya, kita ambil peluang ni untuk memperkenalkan keunikan dan keistimewaan negeri Terengganu, khususnya Kuala Terengganu ni kepada masyarakat luar yang datang. Bukannya tunjukkan yang harga kat sini mahal...Hehe...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...