Langkau ke kandungan utama

Cabaran untuk Islam...

Saban hari, kita dikejutkan dengan pelbagai perkara yang menceritakan tentang ancaman dan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam. Tak kiralah sama ada ancaman secara fizikal atau secara dalaman.

Ancaman yang nyata tentu sekali dapat dilihat di Asia Barat apabila pelbagai ancaman dari negara-negara barat dan musuh Islam yang berterusan. Seperti kita tahu, Palestin sudah bergolak sejak berpuluh tahun yang lalu. Setelah beberapa dekad berlalu, masalah ini masih belum selesai, malah makin berterusan dengan penuh kekejaman. Itu tidak termasuk lagi ancaman yang telah berlaku di Afganistan dan Iraq. Mereka telah diserang dengan pengganas dijadikan 'modal' oleh musuh Islam untuk bertindak. Akibatnya, kita dapat lihat hari ini apabila pelbagai kemusnahan dan kehancuran yang berlaku belum dapat dipulihkan.

Itu yang sudah berlaku. Bagaimana pula dengan yang bakal berlaku..?.

Sekarang, banyak usaha sedang dilakukan oleh negara barat dan juga musuh-musuh Islam untuk menakluki dan menghancurkan beberapa buah lagi negara Islam. Antara yang sentiasa menjadi dijadikan sasaran tentulah Iran dan Syria. Dengan dilabel sebagai negara pelindung pengganas, Iran dan Syria sering digertak dan diugut. Namun, kita tahu, semua tuduhan yang dilemparkan tidak benar dan hanya direka-reka untuk dijadikan modal baru sebelum menyerang dan menakluk negara yang kaya dengan hasil minyak.

Bagaimana pula dengan ancaman dalaman...? Rasanya ramai juga sedar akan keadaan ini. Kita pernah dikejutkan dengan lukisan karikatur yang menghina Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. dengan pelbagai 'perwatakan' yang direka-reka. Kemudian, sekali lagi kita dikejutkan dengan ancaman sebegini apabila sebuah filem dokumentari mini telah diasilkan. Filem yang menghina dan mempersendakan Islam melalui Al-Quran dan sunah itu turut dikecam hebat oleh umat Islam seluruh dunia.

Jika itu perkara yang berlaku di luar Malaysia, bagaimana pula ancaman di Malaysia...? Di negara kita juga, wujud pelbagai ancaman yang berlaku kepada Islam. Ancaman yang berlaku beberapa kali di Malaysia adalah ajaran sesat yang disebarkan. Ajaran dari mereka yang mengaku 'hebat' ini jelas sekali bertentangan dengan ajaran Islam. Malah, ada yang sudah berani mengaku bahawa mereka adalah 'Nabi' baru. Tidak kurang juga yang mengaku menjadi penghubung antara manusia dan Tuhan. Semua ini ancaman yang boleh memesongkan akidah umat Islam di negara kita. Selain itu, saya
juga dapat melihat trend baru di dalam ancaman seumpama ini. Trend yang saya maksudkan adalah penggunaan internet untuk menghina dan memburukkan Islam. Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan penulisan blog yang menghina Rasulullah S.A.W. dengan menyiarkan semula karikatur yang diharamkan serta artikel-artikelnya yang jelas sekali mengundang kemarahan umat Islam yang lain. Itu yang diketahui media semasa, tetapi banyak lagi kenyataan di internet yang menghina dan memburukkan Islam dapat dilihat.

Selain itu, kita juga dapat lihat sekarang bagaimana akidah sebahagian besar anak-anak muda, terutamanya yang tinggal di kota-kota besar yang semakin terpesong. Arak dan maksiat seumpama perkara biasa bagi mereka. Malah, di sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan bahawa ada dikalangan gadis muda ini Melayu, yang beragama Islam, mengaku bangga apabila tidak lagi memiliki 'dara' di usia muda. Betapa nipisnya iman sehingga terlalu mudah 'ditawan' oleh pujukan nafsu syaitan mereka.

Apa yang ingin saya katakan, kita semua umat Islam seharusnya sedar akan ancaman sebegini. Jika selama ini kita 'tidur', kita kena segera bangkit dan berjuang untuk mempertahankan kesucian Islam. Mungkin ini kelemahan yang menjadikan Islam semakin diancam. Sperti mana saranan dan ajakan dari Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, yang mengajak semua umat Islam seluruh dunia untuk bangkit dan bersatu menentang musuh-musuh Islam. Jika dulu Islam menjadi kuasa utama kerana umatnya bersatu, kini kita harus kembali bersatu untuk meletakkan semula Islam di tempat yang tertinggi.

Ayuh semua. Bangkitlah kita demi Islam yang kita cintai. Bersama kita kukuhkan iman dan akidah agar musuh-musuh Islam tidak lagi memperkotak-katikkan umat Islam. Sesungguhnya, umat Islam akhir zaman ini penentu kepada kesucian Islam di masa depan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...