Langkau ke kandungan utama

Lagu Untuk Mu...

Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna
Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku

Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah

Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Akhirnya, ternobatlah pemenang bagi Anugerah Juara Lagu Ke-23...

Rasanya, memang dari awal lagi terdengar cerita-cerita yang mengatakan bahawa Lagu Untuk Mu nyanyian oleh kumpulan Meet Uncle Hussain bakal menjadi Juara Lagu kali ini. Namun, sukar untuk meneka dengan tepat kerana banyak lagi lagu-lagu lain yang sedap dan hebat. Nyata sekali cabaran ini turut hadir dari calon kategori balada, Faizal Tahir yang menyampaikan lagu Sampai Syurga. Faizal Tahir berjaya menggondol 3 dari 6 anugerah yang dipertandingkan iaitu Persembahan Terbaik. Vokal Terbaik dan Juara Kategori Balada. Manakala Farawahida yang pertama kali menyertai Anugerah Juara Lagu berjaya membawa pulang hadiah sebagai Juara Kategori Etnik Kreatif.

Kemenangan kumpulan Meet Uncle Hussain ini sememangnya mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai antara kumpulan indie yang berjaya. Malah, kejayaan ini merupakan kesinambungan kepada kejayaan kumpulan indie di dalam pertandingan nyanyian seumpama ini setelah kumpulan Estranged berjaya melakukan kejayaan yang sama pada edisi tahun lalu.

Bagi Faizal Tahir pula, kejayaan ini merupakan pengubat kepadanya setelah terpaksa menjadi penonton kepada lagunya sendiri pada tahun lalu. Namun, penyertaan kali ini lebih bermakna kerana berjaya membawa pulang 3 kejuaraan. Secara tidak langsung, kejayaan ini mampu memberinya semangat yang lebih hebat untuk menghasilkan album baru yang setanding hebatnya dengan album sulungnya ini. Memiliki 4 lagu yang bertanding di dalam 2 edisi AJL berturut-turut sudah cukup untuk menjadi penanda aras untuk Faizal Tahir dalam menghasilkan karya baru.

Bagi Juara Etnik Kreatif, Persoalan Cinta merupakan lagu yang unik kerana menampilkan konsep oriental cina dalam penghasilannya. Walaupun ini percubaan kedua bagi Julfekar di dalam Anugerah Juara Lagu, namun kejayan ini tetap bersejarah kerana ini kali pertama dia bertanding di dalam kategori Etnik Kreatif.

Secara jujurnya, Juara Balada dan Pop Rock menepati ramalan awal saya untuk menjuarai Juara Lagu.

Mengenai persembahan khas pula, pihak penganjur menampilkan barisan juara untuk menghiburkan penonton. Bagi acara pembukaan, juara pertandingan Rexona No Sweat Challange iaitu Floor Fever bergandingan bersama Juara Gangstarz 2 iaitu One Nation Emcees untuk menyampaikan persembahan Stomping Dance dan lagu pengenalan kepada peserta yang bertanding.

Bagi segmen 'Iluminasi Muzik' pula, persembahan menarik dipamerkan bagi penyanyi dari generasi yang berbeza. Menampilkan juara Idola Kecil, Wada bersama-sama Haqiem dan Udin menjadi wakil untuk wakil pelapis. Manakala Jaclyn Victor, Jamal Abdillah dan M. Nasir menjadi wakil penyanyi yang sudah mengecap pelbagai kejayaan sebelum ini. Dendangan lagu Isabella dari kesemua penyanyi ini sememangnya menarik minat saya.

Secara keseluruhannya, kesemua lagu yang bertanding adalah lagu-lagu yang terbaik sepanjang pencalonan rancangan Muzik-muzik sepanjang tahun 2008. Ini menjadikan Anugerah Juara Lagu Ke-23 ini sesuatu yang tidak dapat dilupakan, terutamanya sekali dalam menyambut perayaan Jubli Perak kelahiran TV3.

Apa pun, tahniah kepada semua yang bertanding serta kepada pemenang-pemenang. Teruskan penghasilan karya anda untuk memartabatkan lagi industri muzik Malaysia.

p/s : Nak jumpa Pakcik Hussain, kot-kot boleh buat lagu untuk saya pulak...Hehe...

Ulasan

tomato_masam berkata…
Wada tu sangat cumel kan? tgk tak masa dia nyanyi waktu final idola kecil? fuh, sangat mantap, lagi2 budak aqiem tu, suara sangat cute, hoh0hoh..n nasib baik lagu untukmu ni menang, kalo tak, sure taley tdo malam tadi..wuahahah~
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
hehe...mmg cute si wada tu....suke tgk dia nyanyi...

yg Lagu Untukmu tu, mmg confirm dah menang...kalau tak menang, kena bom la TV3..hehehe

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...