Langkau ke kandungan utama

Selamat Datang 2009...

Cepat betul masa berlalu. Hari ini kita sudah berada di tahun baru. Tahun 2009 yang mungkin ditunggu-tunggu oleh ramai pihak.

Perkara yang dianggap sinonim untuk dibincangkan apabila menjelang setiap tahun baru adalah mengenai harapan dan azam baru. Setiap orang tentu sekali mempunyai azam dan harapan untuk dilaksanakan sepanjang tahun baru ini, atau mungkin juga sekadar ingin melaksanakan azam dan harapan tahun lepas yang masih belum terlaksana.

Seperti orang lain, saya juga ada azam untuk tahun 2009. Cuma, azam saya tak la besar sangat. Sekadar untuk meningkatkan taraf hidup keluarga saya dan membahagiakan kedua ibu bapa. Untuk merealisasikannya, saya akan terus berusaha untuk mendapatkan pekerjaan tetap yang lebih terjamin dan sesuai dengan kos sara hidup sekarang. Bukan nak memilih, tetapi sekadar ingin mencari kepuasan dalam bekerja.

Selain itu, saya berazam nak dapatkan lesen memandu tahun ni. Hehehe... Mungkin pelik, tapi saya memang tak ada sebarang lesen lagi, sama ada kereta atau motor. Maklumlah, keluarga saya tak ada duit nak tanggung, jadi kena la guna duit sendiri. Saya pernah buat lesen semasa semester akhir di UUM, tapi malang sikit nasib saya. Saya 'ditipu' oleh sekolah memandu tu. Jadi, tersangkut sampai 'L' je. Jadi, harap-harap tahun 2009 ni saya dah dapat lesen. Bukan apa, terkilan la jugak bila saya pernah terlepas peluang kerja hanya sebab saya tak ada lesen. Huhuhu...

Pasal jodoh, rasanya tak ada dalam perancangan lagi untuk kahwin tahun 2009 ni. Hehe... Biasa la, kalau nak kahwin kena la ada calon. Saya ni awek pun tak ada, macam mana nak kahwin. Jadi, mungkin saya boleh letak azam untuk dapatkan awek tahun ni....Hahaha...

Tak apa lah, tak kisah apa pun yang diimpikan, saya harap semoga saya dapat yang terbaik untuk tahun ni dan tahun-tahun akan datang. Walau pun mungkin ada impian yang tak kesampaian, saya tetap bersyukur. Mungkin ada hikmah disebalik semua perkara yang berlaku.

Kepada semua sahabat saya, saya doakan anda semua akan berjaya tahun ni. Semoga semua impian anda akan tercapai.

Selamat menyambut tahun baru 2009.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Cuba...

Hari ni, saya nak meredakan sikit ketegangan yang berlaku di sekeliling. Dengan politik pilihanraya, situasi pejabat, ekonomi dunia, dan macam-macam lagi. Apa kata kita layan lirik lagu ni pulak. Kali ni, saya nak kongsi lagu Cuba nyanyian Faizal Tahir. Saya suka dengar lagu ni sebab melodi sedap dan liriknya ada kaitan dengan saya. Bukan apa, lirik lagu ni banyak berlaku pada semua orang. Termasuk juga pada saya. Jadi, kita layan je la ek...Hehehe... Faizal Tahir - Cuba Cuba kau dengar Cuba kau cuba Diam bila ku cuba Untuk berbicara dengan kamu Pernahkah kau ada Bila ku perlu Untuk meluahkan rasa hati Dan bila kau bersuara Setia ku mendengar Agar tenang kau merasa Siapa sebenarnya aku padamu Mungkin sama dengan teman lain Yang bisa kau buat begitu Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku Itulah aku…padamu Cuba kau lihat Cuba kau cuba Renung ke mata aku Bila ku kaku melihatmu Pernahkah kau ada Bila ku perlu Untuk menyatakan rasa sakit dalam diri Dan bila kau perlu S...