Langkau ke kandungan utama

Sebulan Sudah Berlalu...

Semalam genap la sebulan saya menjalani program penilaian untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PAC). Kalau anda masih ingat, 12 Disember 2008 lalu saya menjalani program PAC di Chukai, Kemaman. Pelbagai pengalaman saya kongsikan semasa di program tersebut.

Secara jujur, saya memang lansung tak mengharap apa-apa dari program itu kerana saya sedar masih ramai lagi calon yang berkelayakan dari saya. Saya menganggap program itu sebagai salah satu pengalaman saya untuk menguatkan diri demi menempuh alam kerjaya yang lebih sempurna. Tapi, itu tak bermakna saya tak berminat untuk mengetahui keputusan program itu. Masuk je tahun baru, hampir setiap hari saya semak di laman web SPA mengenai keptusan ini. Semalam, saya begitu teruja sebab keputusan sudah boleh disemak di laman web tersebut. Walaupun saya tahu peluang saya tipis, saya kuatkan semangat untuk semak keputusan saya.

Secara peribadi, sedikit pun saya tak menyangka bahawa keputusan yang tertera di bawah nama saya adalah 'LULUs'. Dua kali saya semak nama saya, tetapi keputusannya masih lagi 'LULUS'. Masa tu, tak dapat digambarkan perasaan saya yang sememangnya tidak menyangka yang saya akan berjaya. Masa nak tunjuk keputusan saya kat Man, masa tu la saya yakin bahawa apa yang dilihat bukan khayalan saya.

ALHAMDULILLAH, syukur saya panjatkan di atas kejayaan ini. Berkat usaha saya serta diiringi doa dari keluarga terdekat, sahabat, dan kakitangan di pejabat saya, ternyata impian saya mampu menjadi kenyataan. Mungkin sudah rezeki saya untuk berjaya hingga ke tahap ini.

Namun, keputusan ini belum menjamin saya untuk mendapat jawatan ini kerana adal lagi proses yang perlu saya lalui. Proses terakhir yang saya maksudkan adalah sesi temuduga. Proses ini sebenarnya yang akan menentukan sama ada saya dapat atau tidak jawatan PTD ni. Apa pun, buat masa ni, saya cukup gembira dengan keputusan ini. Saya cukup berterima kasih kepada semua yang telah membantu saya. Malah, pelbagai nasihat dan tunjuk ajar telah saya terima sebelum saya mengikuti program tersebut. Cuma yang pasti, perjuangan saya masih belum selesai. Saya kena persiapkan diri agar lebih bersedia untuk sesi temuduga nanti.

p/s : ...'berpantang undur sebelum ajal...'

Ulasan

tomato_masam berkata…
congratz n good luck tuk next interview =)
zi berkata…
thniah en.riki:-)gud luck ya

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perbezaan lelaki dan wanita

Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik).
Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa)

Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik)
Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang)

Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh)
Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka)

Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi)

Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap.
Manakala Wanita pula boleh mengeluarkan 100 pata…