Dalam 2,3 cerita yang saya kongsi kebelakangan ni banyak mengisarkan situasi saya kat pejabat. Bukan apa, sekadar nak menceritakan perasaan dan keadaan yang saya hadapi sekarang ni. Hari ni pun saya masih nak berkongsi benda yang berkaitan juga.
Semalam, keadaan yang merisaukan saya semakin menjadi nyata. Seorang kerani N 17 yang bekerja di Putrajaya datang ke pejabat. Katanya, nak kenal tempat sebab dia dapat surat pertukaran dari Putrajaya ke Terengganu. Mengikut surat, dia kena lapor diri ke Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada hari ni. Macam biasa, ianya sekadar prosedur biasa bagi pertukaran baru seperti ini. Lepas lapor diri, dia akan mula kerja di JBPM Terengganu sebab dalam surat sudah menyatakan bahawa dia akan ditempatkan di sini.
Kakak-kakak kat pejabat saya sudah membayangkan yang dia akan mengisi kekosongan di bahagian stor. Maklumlah, kerani yang akan datang ni adalah kerani lelaki. Jadi, sesuai la kalau duduk di stor.
Saya dan kakitangan sambilan yang lain dah kecut perut tadi. Ingatkan pegawai N 36 yang datang. Kami semua duk risau sebab petandanya dah muncul untuk menamatkan 'riwayat' kerja kami...Huhuhu...
Sebelum balik, saya sempat singgah ke laman web SPA. Terkejut gak sebab keputusan temuduga PTD sudah boleh disemak. Saya pun terus la semak keputusan saya. Tak ada sebarang kejutan berlaku. Sama seperti yang saya bayangkan. Saya telah gagal dalam temuduga tu. Walaupun dah dijangka, tapi saya tetap rasa sedih. Maklumlah, temuduga ni adalah penilaian terakhir sebelum dilantik menjadi PTD. Lebih-lebih lagi dengan situasi di pejabat saya sekarang, saya sentiasa berdoa semoga ada rezeki saya di PTD. Namun, semuanya tidak terlaksana.
Bila difikirkan, saya rasa macam nasib tak baik saya ni bertambah-tambah. Satu persatu perkara yang menyedihkan atau mengecewakan saya berlaku dalam masa terdekat ni. Macam orang tua-tua cakap, sudah jatuh ditimpa tangga. Tapi ni bukan tangga biasa, tapi tangga batu...Huhu...

Ulasan
huhu...