Hari ni saya mula masuk pejabat. Seperti yang dijanjikan, hari ni saya nak kongsi sedikit pengalaman saya semasa sesi temuduga jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (M41).
Sesi temuduga ini sebenarnya diadakan selama 3 hari iaitu pada 3, 4, dan 5 Mac 2009 di Pejabat Temuduga Spa Kota Bharu. Saya dikehendaki hadir pada 4 Mac, jam 8 pagi.
Setibanya saya di sana dalam jam 8.10 pagi, saya terus ke kaunter untuk pendaftaran. Saya diberi nombor 2007, iaitu calon ke 7 untuk bilik nombor 2.
Selesai pendaftaran, saya duduk bersama-sama calon lain untuk menunggu giliran. Sempat juga kami berkenalan. Menurut mereka yang sempat bertanya pada pihak urusetia, terdapat lebih kurang 20 - 22 calon sehari yang akan ditemuduga. Sepanjang 3 hari, mungkin kesemuanya dalam 60 - 66 orang.
Saya sempat berkenalan dengan beberapa orang calon lain. Nyata sekali saya rasa begitu kerdil bila tahu status mereka. Ya, mungkin saya juga memiliki ijazah sepertimana mereka, tetapi mereka memiliki pengalaman yang cukup luas. Dari beberapa orang yang sempat saya kenal, nyata saya yang paling sedikit pengalaman dari segi kerja dan juga kemahiran menghadapi temuduga besar seperti ini. Kenapa saya kata begitu?
Majoriti calon lain yang terpilih adalah mereka yang sudah memohon jawatan untuk sebelum ini. Mereka tahu skop dan keperluan semasa temuduga. Malah, ada seorang calon berbangsa Cina ni pernah berjaya dalam temuduga dan mendapat tawaran, namun terpaksa ditolak atas alasan tertentu. Ini membuatkan dia adalah antara calon pilihan untuk berjaya. Dia cukup mahir dan tahu segala keperluan yang perlu dimiliki untuk sesi temuduga ini.
Calon-calon lain juga pernah memohon jawatan ini sebelum ini. Walaupun tidak berjaya, namun mereka sudah ada pengalaman tersendiri berbanding saya yang baru pertama kali memohon. Malah, mereka sudah memiliki pengalaman kerja selama beberapa tahun. Secara tidak langsung, pengalaman mereka cukup luas dalam bidang kerja.
Semua latar belakang calon-calon ini membuatkan saya semakin gelisah. Saya semakin gelabah bila seorang demi seorang masuk ke dalam bilik. Yang main buat saya takut adalah setiap calon akan berada dalam bilik lebih kurang 20 - 30 minit. Alahai, 'rentung' la saya dalam bilik tu nanti.
Sambil-sambil sembang, sempat juga saya tanya latar belakang pendidikan. Rupa-rupanya, ada 2, 3 orang bekas pelajar UUM seperti saya. Boleh la sembang-sembang sikit...Hehehe...
Bila sudah dekat giliran saya, saya cuba tenangkan diri. Saya tak nak nanti saya nampak macam teruk je depan panel nanti. Lepas lama menunggu, saya masuk bilik temuduga dalam pukul 12.00 tengahari.
Masuk dalam bilik, saya terus menyerahkan sijil-sijil saya kepada panel. Panel ada 2 orang. Pengerusi adalah seorang berbangsi Serani, manakala seorang lagi ahli panel adalah Melayu. Setelah dipelawa duduk, saya diminta untuk perkenalkan diri. Terntu sekali dalam Bahasa Inggeris. Berbelit gak lidah nak cakap. Maklumlah, saya dah jarang guna Bahasa Inggeris sekarang ni. Hehe...
Selepas perkenalkan diri, ada gak 2, 3 soalan yang ditanya dalam Bahasa Inggeris. Antaranya ialah mengenai pengalaman saya bekerja dan skop tugas saya. Lepas tu, perbualan kami adalah dalam Bahasa Malaysia. Saya rasa panel tu tau yang saya ni gementar sebab suara saya memang terketar-ketar. Macam saya duk berhadapan dengan hantu...Huhu...
Lama gak saya dalam bilik tu. Macam-macam soalan yang ditanya. Mula-mula panel akan bertanyakan soalan tu secara umu. Bila dia tengok jawapan saya boleh dikembangkan lagi, dia akan tanya lagi secara terperinci mengenai topik tu. Tapi kalau saya jawab terlalu umum, dia faham la yang saya ni tak berapa tahu nak jawab. Jadi, dia akan tanya soalan lain. Banyak gak soalan yang saya jawab secara umum je. Tak ingat la...Huhuhu...
Antara soalan yang ditanya adalah mengenai corak pentadbiran di Malaysia, Dokrin Pengasingan Kuasa, globalisasi, kesan globalisasi, masalah pekerja asing, Multimedia Super Coridor (MSC), teknologi maklumat dalam agensi kerajaan, dan banyak lagi. Saya pun dah tak ingat dah apa yang ditanya. Maklumlah, masa tu tengah gementar, jadi susah nak ingat...Huhuhu...
Apa yang membuatkan saya tak yakin akan berjaya adalah sebab saya tersilap jawab satu soalan. Saya tak nak bagi tau soalan apa, malu...Huhu...Mujurlah saya sedar dan diberi peluang untuk perbetul balik jawapan saya. Tapi tentu sekali panel tu dah bagi markah rendah untuk saya...Apa pun, tunggu je keputusannya nanti...
Saya tak letak harapan walau sedikit pun. Malah, saya sekarang cuba nak lupakan semua tu. Saya dah mula isi balik permohonan. Bagi saya, semua ni saya jadikan pengalaman untuk saya. Pengalaman berharga untuk saya simpan di masa depan.
p/s : Bila la nak dapat kerja tetap...

Ulasan