Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

Bercuti...

Malam ni saya akan bertolak balik ke KB. Saje je nak balik bercuti sebab dah dekat 2 bulan tak balik. Hari Isnin minggu depan baru la masuk semula ke pejabat. Ada gak akak-akak kat sini tanya, kenapa tak balik minggu depan je sebab memang hari Ahad dah cuti. Tapi kalau balik minggu depan, bosan la sikit sebab tak ada kawan yang balik ke KB. Kalau minggu ni, ada la kawan. Hehehe... Jdi, kita jumpa balik minggu depan ek...Hehehe...

Dan Sebenarnya...

Sekarang ni saya suka sangat layan lagu-lagu dari pemuzik-pemuzik yang menggelarkan diri mereka 'indie'. Memang syok gak la layan lagu-lagu diaorang ni. Yang paling saya suka ialah lagu-lagu dari Meet Uncle Hussein, Estranged, Hujan, Bunkface, dan yang terbaru Yuna. Hari ni, saya sekadar nak berkongsi salah satu yang saya duk layan. Lagu Dan Sebenaryna, nyanyian Yuna yang semakin hangat diperdengarkan. Satu yang unik mengenai Yuna adalah suaranya. Imej pun menarik, bertudung sambil bermain gitar. Hehehe... Apa pun, kita layan je la lagu ni. Kalau ada silap lirik tu, maklum balik kat saya ek. Hehehe... Sekadar berkongsi... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ YUNA - DAN SEBENARNYA Oh,bulan... Enggan melayan diriku lagi Pabila... Air mata membasahi pipi Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku Pabila... Kau bersama yang lain Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta Yang masih bersemadi untukmu Dan sebenarnya ku mengharapkan Di sebalik senyuman mu itu Kau j

Tahniah Selangor, Syabas Kelantan...

Syabas untuk pasukan Kelantan di atas persembahan yang baik di pentas akhir Piala FA semalam. Walaupun gagal untuk menjulang piala pertama dalam tempoh 39 tahun itu, namun pujian harus diberikan kerana berjaya mempersembahkan satu permainan yang seimbang dengan Selangor. Bermain sepanjang 90 minit perlawanan gagal menghasilkan sebarang gol oleh kedua-dua pasukan. Namun, Kelantan yang berjaya memecah kebuntuan terlebih dahulu di masa tambahan melalui jaringan Nor Farhan. Namun, pemian terbaik perlawanan, Amri Yahyah berjaya menyamakan kedudukan yang sekaligus membuka kembali persaingan untuk kedua-dua pasukan. Tetapi selepas itu, kedua-dua pasukan terus terikat sehingga perlawanan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti. Kegagalan Kelantan menyempurnakan dua sepakan memberikan peluang kepada Selangor untuk bergelar juara. Namun, saya cukup bangga kerana kekalahan melalui sepakan penalti bukanlah sesuatu yang perlu dimalukan. Sekurang-kurangnya Kelantan kalah sebagai anak jantan yang

6 Bulan Lagi...

Akhirnya, kerisauan saya sebelum ini berjaya dikurangkan. Sebab apa...? Hehehe... Semalam, saya sudah mendapat surat tawaran lanjutan tempoh perkhidmatan saya. Saya akan bekerja di sini sehingga penghujung Oktober nanti. Lega la gak sebab dapat kerja lagi buat masa terdekat ni. Sebenarnya, kakitangan kat pejabat saya pun memang berharap saya akan berada lagi di sini sebab terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan. Terutama sekali bos saya dan Kak Azni. Mereka sememangnya perlukan saya untuk buat kerja-kerja yang sedikit rumit. Mereka menghargai pengetahuan saya dalam bidang teknologi maklumat untuk melakukan kerja-kerja yang tidak dapat dilakukan oleh kakitangan tetap lain. Apa pun, saya cukup bersyukur kerana saya masih ada peluang untuk bekerja. Walaupun saya tau tempoh saya memang tak lama di sini, tapi sekurang-kurangnya saya boleh lagi cuba untuk cari peluang di tempat lain sambil bekerja. Kepada pihak jabatan, terima kasih. Saya akan berikan perkhidmatan terbaik.

Salah Faham...

Ceritanya bermula begini... Sebelum saya bertolak ke Sepang pada hari Selasa minggu lepas, saya dan Man sempat mengambil gambar kakitangan bahagian saya untuk kegunaan dalaman. Kiranaya kami ambil gambar dalam kedudukan seperti gambar pasport. Saya akan edit dan jadikannya betul-betul seperti gambar pasport dengan hanya menggunakan mesin pencetak yang ada di pejabat. Abang Makarim telah meminjam kamera dari pihak balai kerana kamera dari Bahagian Latihan sedang digunakan untuk perkhemahan Kadet Bomba di Kuala Berang. Setelah selesai, saya sendiri memulangkan kamera tu ke balai. Tak ada sebarang masalah pun kerana kami pinjam sekejap saja. Kemudian, kami pun bertolak ke Sepang. Semasa di Kuala Lumpur pada hari Khamis, Abang Nasron, iaitu salah seorang anggota di balai telah menghubungi saya. Ketika itu saya berada di Danau Kota. Dia bertanyakan mengenai sesi bergambar yang akan diadakan untuk anggota. Pada mulanya saya ingat dia tanya mengenai gambar yang diminta oleh Bahagian Operasi u

Bengkel HRMIS Siri 1/2009 - Episod Akhir...

Hari ni, saye nak sambung bahagian terakhir mengenai bengkel yang saya hadiri. Suasana dalam bilik di Empress Hotel, Sepang. Hehe...Sempat bergambar dalam lif Empress Hotel. Bangunan Kementerian Alam Sekitar Dan Sumber Asli. Kami tamat bengkel pada hari Khamis dalam jam 4.15 petang. Sebelum balik, kami diberi taklimat terakhir dari pegawai dari JBPM Putrajaya. Dalam jam 4.30 petang, kami bertolak dari pejabat Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli untuk menuju ke pejabat JBPM Putrajaya. Dekat je sebab masih dalam kawasan Putrajaya. Bangunan JBPM Putrajaya. Sampai je kat sana, Encik Mukhtar memang dah tunggu. Kami pun terus bertolak ke Kuala Lumpur sebab kami akan menginap di rumah transit Menara Kota BBP Chow Kit semalaman sebelum bertolak balik pada pagi Jumaat. Sampai je di Menara Kota, saya dan Man terus naik ke bilik yang memang dah ditempah oleh Encik Mukhtar. Kami rehat dulu sebab letih lagi. Lagi pun, malam nanti kami nak keluar jalan-jalan. Dalam jam 8.30 malam, saya dan Man

Bengkel HRMIS Siri 1/2009 - Episod 2...

Boringnye....Semalam kitaorang tak gi mana-mana pun. Lepas balik hotel, kami rehat je sampai malam. Dalam jam 9.00 malam, kitaorang keluar makan. Kali ni kami makan kat KFC je...Hehehe... Balik dari KFC, kami rehat jap kat lobi hotel. Tengok gelagat orang sekitar hotel tu. Lepas tu baru naik ke bilik. Kami tengok tv je. Tak tahu nak buat apa dah. Sambil-sambil tu, kami terus kemas beg baju sebab awal pagi esok kami kena daftar keluar hotel. Pagi tadi, lepas bersiap, kami sarapan dulu. Lepas tu barulah kami daftar keluar. Lama gak sebab nak kena buat banyak resit. Bila siap, kami bertolak ke Putrajaya. Tak sempat pulak nak ambil gambar depan hotel...Huhu...Selamat tinggal Empress Hotel... Sampai je kat Putrajaya, terus kami sambung kerja. Hari ni nampak macam lancar sikit. Kebetulan Encik Mukhtar telefon Man. Dia cakap kami akan bertolak balik pagi esok. Malam ni kami akan bermalam ni Menara Kota, BBBP Chow Kit. Nampaknya, hajat saya dan Man nak jalan-jalan akan tercapai...Hehehe....

Bengkel HRMIS Siri 1/2009 - Episod 1...

Hehe...macam dalam drama plak, kan. Ada main episod plak... Mula-mula sekali, saya nak ceritakan pengalaman perjalanan kami semalam. Bukan pe, ada beberapa benda yang nak saya kongsikan. Kami bertolak dari Kuala Terengganu semalam dalam jam 10.00 pagi. Semuanya berjalan dengan lancar. Tak ada masalah pun. Kami berhenti rehat di R&R Temerloh dalam jam 2.00 petang. Kami rehat jap untuk solat dan makan. Dalam jam 2.45, kami mulakan balik perjalanan. Apabila samapai di Genting Sempah, masalah pun bermula. Semasa melalui jalan yang berbukit, tiba-tiba enjin pajero yang kami naiki semakin kuat. Kuat dari biasa. Kemudian, asap semakin hitam dan makin kurang lancar perjalanannya. Jadi, Encik Mukhtar, iaitu pemandu yang menghantar kami mengambil keputusan untuk berhenti sekejap di stesyen Minyak Petronas Genting Sempah. Kami tengok gak kat enjin tapi tak pasti apa masalahnya. En. Mukhtar cuba hubungi bengkel bomba di Terengganu, mereka maklumkan mungkin dalam enjin. Jadi, kami memang kena p

Bertolak Ke Putrajaya...

Petang semalam, CC pejabat saya menerima panggilan dari ibu pejabat JBPM di Putrajaya. CC dimaklumkan bahawa pada 15 dan 16 April, iaitu esok dan lusa, akan diadakan kursus mengenai Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) di Putrajaya. Setiap negeri terlibat akan dikehendaki menghantar 2 wakil. Seperti yang pernah saya ceritakan pada Mei dan Oktober tahun lepas, saya sememangnya pernah menikuti kursus asas HRMIS ini. Dan apabila kursus ini akan diadakan lagi, semua kakitangan bahagian saya sudah membayangkan bahawa saya sekali akan pergi. Memandangkan 2 orang dikehendaki menghadirinya, maka Man akan turut serta. Saya dan Man dipilih kerana kami mudah memahami sistem ini. Sewaktu 2 kursus terdahulu, saya berjaya menarik perhatian wakil negeri lain apabila berjaya menguasainya dengan lebih cepat. Malah, pengajar yang didatangkan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut mengakui kelebihan kami selaku pelajar jurusan teknologi maklumat dalam menguasai dan mem

Kelantan, Oh Kelantan...

Rasanya ramai dah tahu mengenai kejadian di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada hari Selasa lepas selepas perlawanan separuh akhir Piala FA di antara pasukan tuan rumah, Kelantan menentang Negeri Sembilan.. Kejadian rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di perkarangan stadium yang mengakibatkan kerosakan beberapa kenderaan, termasuk sebuah kenderaan polis yang terbakar. Malah, seorang peniaga di sekitar turut menalami kecederaan. Saya mengikuti berita ini secara serius sejak kejadian tersebut. Saya cuba melihat reaksi pelbagai pihak mengenai kejadian itu. Nyata sekali ramai yang kecewa dengan insiden yang cukup memalukan itu. Malah, saya juga tertunggu-tunggu reaksi dari KAFA dan FAM mengenai tindakan penyokong yang terlalu fanatik ini. Mengambil langkah awal, KAFA dengan serta merta menggantung Halim Napi, penjaga gol utama pasukan Kelantan yang dikatakan menjadi pencetus kepada tindakan penyokong fanatik terbabit. Halim dilihat mengasari pemain Negeri Sembilan selepas tamat perlawanan

Cuba...

Hari ni, saya nak meredakan sikit ketegangan yang berlaku di sekeliling. Dengan politik pilihanraya, situasi pejabat, ekonomi dunia, dan macam-macam lagi. Apa kata kita layan lirik lagu ni pulak. Kali ni, saya nak kongsi lagu Cuba nyanyian Faizal Tahir. Saya suka dengar lagu ni sebab melodi sedap dan liriknya ada kaitan dengan saya. Bukan apa, lirik lagu ni banyak berlaku pada semua orang. Termasuk juga pada saya. Jadi, kita layan je la ek...Hehehe... Faizal Tahir - Cuba Cuba kau dengar Cuba kau cuba Diam bila ku cuba Untuk berbicara dengan kamu Pernahkah kau ada Bila ku perlu Untuk meluahkan rasa hati Dan bila kau bersuara Setia ku mendengar Agar tenang kau merasa Siapa sebenarnya aku padamu Mungkin sama dengan teman lain Yang bisa kau buat begitu Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku Itulah aku…padamu Cuba kau lihat Cuba kau cuba Renung ke mata aku Bila ku kaku melihatmu Pernahkah kau ada Bila ku perlu Untuk menyatakan rasa sakit dalam diri Dan bila kau perlu S

Meluat...

Sejak kebelakangan ni, saya betul-betul meluat dengan beberapa orang kat pejabat saya ni. Tak tahu lah kenapa, tapi mungkin sebab saya tak suka dengan apa yang mereka buat. Ya, sebelum ni kami boleh dikatakan 'geng', tapi sekarang saya dah tak rapat dengan mereka. Masih lagi tegur tapi kalau betul-betul perlu sahaja, terutamanya atas urusan kerja. Kalau tak, saya memang 'tak ada selera' nak tegur. Bukan apa, saya ni jenis tak suka manusia yang cakap tak serupa bikin. Bila dia duk dengan saya, bukan main kutuk orang lain. Itu tak kena, ini tak kena. Tapi hakikatnya, dia pun buat macam tu gak. Dua kali lima je. Dah la buat kerja main-main, lepas tu asyik duk gelak je. Siap pasang lagu kuat-kuat sambil nyanyi. Kalau suara sedap, lain la. Ni tak, sedap lagi suara katak gomok tu. Diaorang datang pejabat macam datang berkelah pulak. Bila saya dah tak layan mereka, sekarang saya pulak yang jadi mangsa umpatan mereka. Siap ada gelaran lagi. Bila saya datang dekat, mula la bagi

Selamat Datang Ke Bahagian Pengurusan, JBPM Terengganu...

Semalam, kerani baru bahagian saya dah datang. Kerani yang dimaksudkan ialah En. Mohammad Zulkifli. En. Zul ni adalah lantikan baru N 17. Baru ditukarkan dari JPN Putrajaya. dia memang asal Terengganu. Senang je dia dapat tukar balik kampung sebab biasanya susah kakitangan yang baru dilantik nak dapat balik kampung macam dia ni. Mungkin dah rezeki dia. Apa pun, kami di Bahagian Pengurusan mengalu-alukan kedatangan En. Zul. Selamat bekerja.

Kajian Pelajar UiTM Machang Di JBPM Terengganu...

Sekumpulan 5 orang pelajar Diploma Pengurusan Maklumat dari UiTM Machang telah datang ke pejabat saya pada 19 Mac yang lalu. Mereka telah datang untuk membuat kajian dan pemerhatian mengenai cara kami menguruskan rekod-rekod di pejabat, khususnya cara penyimpanan, pengurusan, pelupusan dan lain-lain lagi. Saya telah diberi tanggungjawab oleh bos saya untuk melayan dan cuba memberi kerjasama terhadap perkara-perkara yang mereka perlukan. Mula-mula tu risau gak. Maklumlah, saya ni kakitangan sambilan je. Pengetahuan pun tak meluas seperti kakitangan lain. Tapi saya telah mendapat bantuan dari Kak Azni yang sememangnya banyak pengetahuan. Lega sikit saya. Saya cuba jawab setakat yang saya tahu, selebihnya saya rujuk pada Kak Azni. Mereka juga telah mengambil gambil untuk rujukan mereka. Lepas tu, mereka jumpa bos saya kejap. Bos saya yang sedang sibuk hari tu hanya sempat berjumpa dengan mereka kejap je. Sempat gak la tukar-tukar cenderamata. Malah kami sempat bergambar bersama. Dalam ram

Buat Kerja Lebih Masa...

Mula Hari Rabu bari ni, saya dan Man dikehendaki berada di pejabat semasa pihak luar datang untuk memasang dinding untuk dijadikan bilik di pejabat saya. Kami datang tengok-tengok je, maklumlah, kena ada yang jaga pejabat semasa orang luar buat kerja. Hari Rabu, kami tunggu dari jam 9.00 malam sampai jam 11.00 malam. Hari Khamis lagi lama, dari jam 9.00 malam sampailah ke jam 2.00 pagi. Letih gak duk tunggu je. Disebabkan kerja-kerja tak siap lagi, hari ni sambung balik. Dari jam 10.00 pagi lagi datang. Tak tahu habis bila sebab lepas diaorang siap biat kerja, saya dengan Man pulak yang kena buat kerja. Kena susun balik pejabat yang jadi kucar kacir dan sediakan ruang dan tempat untuk kerani baru yang akan mula tugas esok. Lebih betul la. Tapi nak buat macam mana, dah kerja. Buat je la selagi diperlukan ni. Nanti bila dah berhenti kerja, rindu pulak....Huhuhu...