Langkau ke kandungan utama

Bengkel HRMIS Siri 1/2009 - Episod Akhir...

Hari ni, saye nak sambung bahagian terakhir mengenai bengkel yang saya hadiri.



Suasana dalam bilik di Empress Hotel, Sepang.


Hehe...Sempat bergambar dalam lif Empress Hotel.


Bangunan Kementerian Alam Sekitar Dan Sumber Asli.

Kami tamat bengkel pada hari Khamis dalam jam 4.15 petang. Sebelum balik, kami diberi taklimat terakhir dari pegawai dari JBPM Putrajaya. Dalam jam 4.30 petang, kami bertolak dari pejabat Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli untuk menuju ke pejabat JBPM Putrajaya. Dekat je sebab masih dalam kawasan Putrajaya.



Bangunan JBPM Putrajaya.

Sampai je kat sana, Encik Mukhtar memang dah tunggu. Kami pun terus bertolak ke Kuala Lumpur sebab kami akan menginap di rumah transit Menara Kota BBP Chow Kit semalaman sebelum bertolak balik pada pagi Jumaat. Sampai je di Menara Kota, saya dan Man terus naik ke bilik yang memang dah ditempah oleh Encik Mukhtar. Kami rehat dulu sebab letih lagi. Lagi pun, malam nanti kami nak keluar jalan-jalan.

Dalam jam 8.30 malam, saya dan Man keluar. Man dah janji dengan kawan dia untuk jumpa di Sogo. Kami jalan kaki je sebab Sogo tak berapa juah sangat dari Menara Kota. Man tak pernah di lagi Sogo, jadi saya la yang kena tunjuk jalan sebab saya dah pernah di sekali tahun lepas.

Sampai je kat Sogo, kami pusing-pusing kejap kat bawah sambil menunggu kawan Man. Tak lama sebab kawan Man dah sampai. Lawa gak kawan Man ni. Mujur la dia ni awek pada kawan Man, kalau tak mungkin saya dah terpikat...Hehehe...

Kami terus naik ke tingkat atas Sogo untuk makan. Lapar sebab makan tengahari tadi je. Jadi, kena la makan dulu sebelum buat perjalanan seterusnya. Sambil-sambil makan, Man dengan kawan dia sembang je. Saya tak berani nak menyampuk sebab syok sangat tengok diaorang sembang.


Nasi kat gerai Masakan Minang di Sogo.

Lepas makan, kami turun untuk keluar pusing-pusing KL. Kawan Man ni bawa kereta. Jadi, Man kena memandu la. Ni kali pertama Man memandu di KL. Takut gak dia, tapi kawan dia cakap boleh je. Dia tunjukkan jalan. JMula-mula nak pusing-pusing je, tapi lepas tu diaorang pakat nak gi pasar niaga Danau Kota. Macam pasar malam, tapi banyak jual barangan je la. Saya bukan kenal pun, jadi terpaksa la ikut je. Sampai sana, kami pusing-pusing sekitar kawasan tu. Katanya belum banyak gerai buka sebab baru jam 10.00 malam. Biasanya orang ramai dalam jam 11.00 hingga 12.00 malam. Saya tak beli apa-apa pun, sekadar tengok je. Man sempat gak beli topi untuk koleksi dia.

Kemudian, kami pusing-pusing lagi. Kali ni kami ke Bukit Bintang pula. Saje je nak tengok gelagat orang ramai kat situ. Sampai je kat sana, saya tengok suasana memang meriah. Ramai giler orang kat tepi-tepi jalan tu. Siap ada 'orang emas' lagi kat tepi jalan tu. Saya tengok je la gelagat orang KL ni. Macam-macam ada....

Kemudian, destinasi kami ialah ke Taman Titiwangsa. Bukan nak lepak pun, saje je nak tengok orang yang duk 'berasmaradana' tepi tasik. Sempat la tengok 2,3 pasangan duk bermesra-mesra dalam gelap...Hahaha...

Lepas tu kami terus balik. Letih gak pusing-pusing KL ni. Sesat gak sekali sebelum kami ke Taman Titiwangsa tu. Dalam jam 12.00 malam gak la kami sampai balik ke bilik. Kami rehat-rehat jap, lepas tu terus tidur sebab pagi esok dah nak bertolak balik Terengganu.

Pagi Jumaat, kami keluar bilik jam 8.30 pagi. Kami sarapan dulu kat kedai makan sekitar situ. Dalam jam 9.00 baru la kami bertolak. Jam 11.00 pagi kami sampai di Gambang. Kami berhenti rehat jap. Kemudian, jam 1.30 kami behenti pula di Rantau Abang untuk solat Jumaat. Dalam jam 4.00 kami sampai ke pejabat. Saya dan Man kemas barangan dulu sebelum balik ke rumah.

Bagi saya, perjalanan saya sepanjang bengkel kali ni bukan la sesuatu yang baru. Kami dah pelajari modulnya, cuma hanya mengisi balik apa yang kami tak sempat isi semasa di pejabat. sambil-sambil tu, saya anggap ianya masa untuk saya dan Man berehat seketika. Bos saya selalu hubungi saya tanya khabar. Dia juga 'merestui' kami untuk berehat sebab dia faham beban kerja kami di pejabat sebelum ini.

Apa pun, ini merupakan satu lagi pengalaman baru untuk saya sebab ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke Sepang dan Putrajaya. Banyak benda baru yang saya belajar. Banyak juga benda lucu yang berlaku pada kami sepanjang perjalanan kami kali ni. Semuanya akan menjadi kenangan indah buat kami, khususnya setelah saya tidak lagi bekerja di JBPM Terengganu nanti.

Ulasan

mytafa berkata…
huhuhu.....bengkel kawin pegi doh ko?
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
bengkel kawin xgi lagi...xleh kawin la...awek xdok...huhu...

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perbezaan lelaki dan wanita

Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik).
Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa)

Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik)
Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang)

Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh)
Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka)

Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi)

Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap.
Manakala Wanita pula boleh mengeluarkan 100 pata…