Langkau ke kandungan utama

Bengkel HRMIS Siri 1/2009 - Episod 1...

Hehe...macam dalam drama plak, kan. Ada main episod plak...

Mula-mula sekali, saya nak ceritakan pengalaman perjalanan kami semalam. Bukan pe, ada beberapa benda yang nak saya kongsikan.

Kami bertolak dari Kuala Terengganu semalam dalam jam 10.00 pagi. Semuanya berjalan dengan lancar. Tak ada masalah pun. Kami berhenti rehat di R&R Temerloh dalam jam 2.00 petang. Kami rehat jap untuk solat dan makan. Dalam jam 2.45, kami mulakan balik perjalanan.

Apabila samapai di Genting Sempah, masalah pun bermula. Semasa melalui jalan yang berbukit, tiba-tiba enjin pajero yang kami naiki semakin kuat. Kuat dari biasa. Kemudian, asap semakin hitam dan makin kurang lancar perjalanannya. Jadi, Encik Mukhtar, iaitu pemandu yang menghantar kami mengambil keputusan untuk berhenti sekejap di stesyen Minyak Petronas Genting Sempah. Kami tengok gak kat enjin tapi tak pasti apa masalahnya.

En. Mukhtar cuba hubungi bengkel bomba di Terengganu, mereka maklumkan mungkin dalam enjin. Jadi, kami memang kena panggil mekanik untuk perbaiki. Kami hubungi BBP Kuantan untuk minta bantuan. Tapi pihak BBP Kuantan memaklumkan kami bahawa terlalu jauh untuk mereka datang, dan mereka meyarankan kami menghubungi BBP Kuala Lumpur untuk bantuan kerana lokasi kami sudah hampir dengan Kuala Lumpur. Kami pun menghubungi pula pihak Kuala Lumpur. Mujurlah pihak dari BBP Sentul dapat membantu. Mereka terpaksa membawa pajero kami ke balai untuk dibaiki. Untuk membolehkan kami meneruskan perjalanan, mereka meminjamkan kenderaan mereka.

Apa yang dikongsikan di sini adalah pengalaman kami sepanjang dari perjalanan kami ni. Mula-mula kenderaan kami rosak. Bila dah dapat pinjam kenderaan lain, tak tahu guna pulak. Bukan pe, kenderaan ni jenis lama. Tak jumpa suis lampu la, tak jumpa suia wiper la. Macam-macam hal pulak...Hehehe... Tu tak kira lagi yang kami sesat sekali sebab peta tak betul. Sampai je ke Empress Hotel di Sepang, rasa nak pengsan je. Kami terus je ke bilik lepas daftar, manakala Encik Mukhtar nak kena patah balik ke BBP Sentul untuk tengok kenderaan. Malamnya, barulah kami keluar makan sekitar dengan kawasan hotel.

Pagi tadi, terpaksa la kami bangun awal sebab bas akan bergerak jam 7.30 pagi. Biasa le, tak nak sangkut dalam kesesakan la tu. Lepas bersiap, dalam jam 7.00 pagi kami turun ke kafe untuk sarapan. Kemudian, terus bertolak ke Putrajaya. Kami sampai di bangunan Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli dalam jam 8.05 pagi. Seronok gak tengok bangunan sekitar sini. Menarik je...Hehe..

Sekarang, kami sedang mengemaskini maklumat yang diperlukan. bengkel ni bukanlah untuk mengajar modul baru, tapi sekadar untuk menyiapkan modul lama yang belum dilengkapkan.

Kejap lagi, saya dengan Man nak rancang program malam ni. Yela, mana tau kot-kot nak gi keluar jalan-jalan...Hehehe...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad