Langkau ke kandungan utama

Kelantan, Oh Kelantan...

Rasanya ramai dah tahu mengenai kejadian di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada hari Selasa lepas selepas perlawanan separuh akhir Piala FA di antara pasukan tuan rumah, Kelantan menentang Negeri Sembilan.. Kejadian rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di perkarangan stadium yang mengakibatkan kerosakan beberapa kenderaan, termasuk sebuah kenderaan polis yang terbakar. Malah, seorang peniaga di sekitar turut menalami kecederaan.

Saya mengikuti berita ini secara serius sejak kejadian tersebut. Saya cuba melihat reaksi pelbagai pihak mengenai kejadian itu. Nyata sekali ramai yang kecewa dengan insiden yang cukup memalukan itu. Malah, saya juga tertunggu-tunggu reaksi dari KAFA dan FAM mengenai tindakan penyokong yang terlalu fanatik ini.

Mengambil langkah awal, KAFA dengan serta merta menggantung Halim Napi, penjaga gol utama pasukan Kelantan yang dikatakan menjadi pencetus kepada tindakan penyokong fanatik terbabit. Halim dilihat mengasari pemain Negeri Sembilan selepas tamat perlawanan. Kemudian, FAM pula mengenakan 4 pertuduhan kepada KAFA melibatkan kejadian pada 2 perlawanan berbeza di Kota Bharu. Antaranya adalah larangan beraksi di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sehingga tamat musim ini. Itu tidak termasuk dengan denda dan ganti rugi yang perlu dibayar KAFA.

Bagi saya, insiden ini tidak seharusnya berlaku. Ternyata insiden buruk ini menjejaskan pasukan Kelantan sendiri kerana mulai perlawanan semalam, Kelantan perlu bermain di gelanggang berkecuali iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil. Malah, itulah tempat di mana Kelantan akan bergelar tuan rumah sehingga tamat musim, sesuatu yang nyata sekali membebankan para penyokong sendiri. Sudah tentu kos akan bertambah kepada mereka yang betul-betul mencintai bola sepak, khususnya peminat sejati Kelantan untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka ini beraksi. Malah, Presiden KAFA sendiri sudah membayangkan bahawa akan menarik diri dari saingan liga sekiranya kutipan tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil gagal menampung kos pengurusan pasukan.

Apa yang dapat dilihat di sini adalah kesan daripada sikap kurang rasional sekelompok peminat yang gagal mengawal emosi akibat kekalahan pada perlawanan minggu lalu itu. Saya cukup memahami perasaan mereka kerana saya sendiri adalah anak Kelantan yang cukup menyokong perjuangan pasukan Kelantan. Namun, sebagai penyokong, seharusnya kita lebih bersikap rasional dalam melakukan sesuatu kerana kesan dan akibatnya akan turut melibatkan pihak lain. Dalam situasi sekarang, KAFA tidak seharusnya dipersalahkan kerana apa yang berlaku adalah di luar kawalan mereka. Kini, mereka yang terbeban akibat kesilapan penyokong sendiri.

Apa yang tinggal kini hanyalah sisa-sisa perjuangan barisan pemain pasukan Kelantan dalam memburu kejuaraan utama selepas gagal untuk satu tempoh yang lama. Dengan bilangan penonton yang akan berkurangan, diharapkan mereka dapat menampilkan aksi terbaik. Semasa perlawanan Kelantan dan Selangor yang disiarkan di TV1 semalam, saya dapat melihat kesungguhan para pemain untuk mencapai kemenangan. Walaupun sekadar seri, namun ianya sudah memadai.

Cuma, apa yang mungkin menjadi pengubat adalah keputusan FAM yang menarik balik kemenangan percuma KL Plus ke atas Kelantan sewaktu di awal musim akibat pembatalan perlawanan yang terpaksa dilakukan. Dengan itu, kelantan kurang 1 perlawanan berbanding kelompok pasukan teratas. Ini membolehkan Kelantan mengukuhkan kedudukan sekurang-kurangnya di kelompok 5 teratas. Perlawanan di antara Kelantan dan KL Plus akan diadakan semula pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Apa pun, diharapkan perjalanan pasukan Kelantan akan berterusan sehingga menjulang piala untuk musim ini. Diharapkan juga para penyokong akan terus membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan. Semoga impian kita untuk melihat menjadi salah sebuah pasukan elit akan terlaksana.

Gomo Kelate Gomo...

Ulasan

KayKhairul berkata…
betul2....hidup riki, suh riki aja jadi pengurus kafa..heheh
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
hehe...xmain la pengurus kafa...nak baik jd pngurus real madrid...hahaha

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad