Langkau ke kandungan utama

Bengkel HRMIS Siri 1/2009 - Episod 2...

Boringnye....Semalam kitaorang tak gi mana-mana pun. Lepas balik hotel, kami rehat je sampai malam. Dalam jam 9.00 malam, kitaorang keluar makan. Kali ni kami makan kat KFC je...Hehehe...

Balik dari KFC, kami rehat jap kat lobi hotel. Tengok gelagat orang sekitar hotel tu. Lepas tu baru naik ke bilik. Kami tengok tv je. Tak tahu nak buat apa dah. Sambil-sambil tu, kami terus kemas beg baju sebab awal pagi esok kami kena daftar keluar hotel.

Pagi tadi, lepas bersiap, kami sarapan dulu. Lepas tu barulah kami daftar keluar. Lama gak sebab nak kena buat banyak resit. Bila siap, kami bertolak ke Putrajaya. Tak sempat pulak nak ambil gambar depan hotel...Huhu...Selamat tinggal Empress Hotel...

Sampai je kat Putrajaya, terus kami sambung kerja. Hari ni nampak macam lancar sikit. Kebetulan Encik Mukhtar telefon Man. Dia cakap kami akan bertolak balik pagi esok. Malam ni kami akan bermalam ni Menara Kota, BBBP Chow Kit. Nampaknya, hajat saya dan Man nak jalan-jalan akan tercapai...Hehehe....

Ulasan

aieza samad berkata…
amboi...suke nye..
khairulzchenko berkata…
inche riki, jangan berpeleseran, keje elok2, tapi nak jalan2 pasal nak cari calon, aku relakan la.hehehehe
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
aiza...
skali sekala smpai sini....ingat nak enjoy skit...hehe...

qai...
susah la cari calon kat sini...smua jenis kaya je aku tgk...hehe

Catatan popular daripada blog ini

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …