Langkau ke kandungan utama

Salah Faham...

Ceritanya bermula begini...

Sebelum saya bertolak ke Sepang pada hari Selasa minggu lepas, saya dan Man sempat mengambil gambar kakitangan bahagian saya untuk kegunaan dalaman. Kiranaya kami ambil gambar dalam kedudukan seperti gambar pasport. Saya akan edit dan jadikannya betul-betul seperti gambar pasport dengan hanya menggunakan mesin pencetak yang ada di pejabat. Abang Makarim telah meminjam kamera dari pihak balai kerana kamera dari Bahagian Latihan sedang digunakan untuk perkhemahan Kadet Bomba di Kuala Berang. Setelah selesai, saya sendiri memulangkan kamera tu ke balai. Tak ada sebarang masalah pun kerana kami pinjam sekejap saja. Kemudian, kami pun bertolak ke Sepang.

Semasa di Kuala Lumpur pada hari Khamis, Abang Nasron, iaitu salah seorang anggota di balai telah menghubungi saya. Ketika itu saya berada di Danau Kota. Dia bertanyakan mengenai sesi bergambar yang akan diadakan untuk anggota. Pada mulanya saya ingat dia tanya mengenai gambar yang diminta oleh Bahagian Operasi untuk kad anggota. Saya beritahu yang untuk bahagian saya, saya dah ambil gambar semua kakitangan. Kemudian, apa yang ditanya oleh Abang Nasron selepas itu membuatkan saya pening sebab dia cakap pasal sesi bergambar dan latar belakang warna utnuk gambar. Disebabkan saya tak dapat bagi jawapan, Abang Nasron terpaksa menghubungi orang lain. Saya anggap ianya sudah selesai.

Rupa-rupanya perkara ini masih lagi belum selesai. Dua hari lepas iaitu hari Isnin, sewaktu saya baru je sampai ke pejabat, saya didatangi oleh Encik Manoharan, iaitu Ketua untuk pasukan yang bertugas pada hari tu. Dia bertanya mengenai sesi bergambar yang akan diadakan. Eh, sesi apa pulak ni...? Saya dan Man memang tak tahu apa-apa masa tu. Kemudian, Encik Manoharan beritahu yang ada notis di papan kenyataan yang mengatakan sesi bergambar untuk anggota akan diadakan bermula hari itu iaitu 20 April hingga 21 April mengikut pasukan. Sesi bergambar akan diadakan di tingkat 3, iaitu pejabat bahagian saya dan saya sebagai jurugambar. Saya menjelaskan bahawa saya tidak tahu apa-apa dan saya akan maklumkan kepada dia apabila saya dah diberitahu nanti.

Saya pun naik ke pejabat saya. Masa tu, saya tak nampak apa-apa notis kat pejabat saya mengenai perkara itu. Memang saya dan mula pelik, tapi saya anggap hanya perkara kecil. Jadi, tak perlulah nak dirisaukan. Kira-kira setengah jam kemudiannya, saya menerima panggilan dari bilik kawalan yang ingin mengesahkan mengenai sesi bergambar tersebut. Saya mula rasa ada yang tak kena. Saya diberitahu yang notis tu ada di papan kenyataan depan bilik kawalan.

Saya pun terus turun ke bilik kawalan untuk melihat sendiri notis tu. Memang saya terkejut sebab notis itu ditulis oleh seseorang di papan kenyataan bahawa saya akan mengendalikan sesi bergambar untuk anggota. Yang saya terkejutnya, hanya nama saya ada di situ.

Eh, bila pulak saya nak buat sesi bergambar? Siapa yang tulis notis tu? Kalau betul pun nak dibuat sesi bergambar, kenapa saya tak dimaklumkan sebelum nama saya digunakan...?

Pada pengetahuan saya, hanya Bahagian Latihan yang selalu menguruskan mengenai gambar-gambar anggota. Tetapi, gambar-gambar ini diminta oleh Bahagian Operasi. Jadi, saya buat keputusan untuk terus ke Bahagian Latihan dan operasi untuk mendapatkan pengesahan.

Di Bahagian Latihan, saya bertanya terus kepada Encik Haswadi, jurukamera jabatan yang selalunya terlibat dengan perkara-perkara seperti ini. Dia cakap dia tak anjurkan sesi tu dan bukan dia yang tulis notis tu. Saya kemudian terus ke Bahagian Operasi. Kebetulan Tuan Yazid, iaitu Pebolong Pengarah Operasi ada di situ. Jadi, saya terus menceritakan perkara itu dan bertanyakan sekiranya notis itu adalag dari pihak mereka. Mereka menafikan bahawa ianya dari Bahagian Operasi.

Saya dah makin pening. Kalau bukan Bahagian Latihan dan Operasi, siapa pulak yang tulis...?

Kemudian, Kak Anis, iaitu kakitangan Bahagian Operasi cuba menghubungi pihak balai untuk mendapatkan kepastian. Setelah bercakap dengan orang balai, akhirnya terjumpalah punca sebenarnya.

Rupa-rupanya, selepas saya bertolak ke Sepang minggu lepas, pihak balai ada menghubungi CC di pejabat saya untuk bertanyakan mengenai gambar untuk kad anggota yang diminta oleh pihak Bahagian Operasi. CC memberitahu mereka yang saya yang menguruskan gambar tersebut. Pihak balai meminta untuk saya menguruskan juga juga gambar untuk anggota lain. CC pada mulanya ingatkan pihak balai nak saya uruskan untuk beberapa anggota yang berada di bahagian atas sahaja. Jadi, CC pun bersetuju, sedangkan pihak balai menganggap bahawa CC setuju untuk saya menguruskan untuk semua anggota. Jadi, notis itu telah dibuat oleh pihak balai sendiri.

Bila dah tahu cerita sebenar, Kak Anis beritahu bahawa saya tidak perlu menguruskan sesi bergambar kerana tidak ada arahan rasmi mengenainya. Nanti timbul masalah lain yang lebih besar pula.

Saya cukup kesian dengan anggota yang tak tahu apa-apa ni sebab mereka dah siap pun berpakaian kemas semata-mata untuk sesi bergambar yang sebenarnya tidak wujud. Risau gak saya kalau-kalau mereka marahkan saya pula.

Saya sebenarnya tidak kisah sangat kalau diaorang nak minta saya tolong ambilkan gambar untuk mereka. Apa yang saya tak suka ialah ada yang menggunakan nama saya sesuka hati tanpa bertanya atau berbincang dengan saya terlebih dahulu. Apabila jadi perkara-perkara sebegini, nama baik saya juga yang akan terjejas. Orang yang tidak tahu cerita sebenar mungkin akan menganggap saya sengaja nak main-mainkan mereka kerana jelas nama saya sahaja yang terpampang pada papan kenyataan tu. Sedangkan saya sendiri pun tak tahu mengenai perkara ini.

Walaupun saya tahu siapa yang silap dan siapa yang perlu dipersalahkan, tetapi saya tak mahu ianya diperbesarkan lagi. Cukuplah ianya berhenti setakat ini. Saya anggap bahawa ianya hanyalah salah faham yang biasa berlaku. Cuma harapan saya, pihak-pihak lain akan lebih prihatin dan peka terhadap perkara-perkara sebegini kerana ianya melibatkan nama baik orang lain. Silap-silap, kredibiliti saya boleh terjejas kerana kesilapan orang lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad