Langkau ke kandungan utama

Meluat...

Sejak kebelakangan ni, saya betul-betul meluat dengan beberapa orang kat pejabat saya ni. Tak tahu lah kenapa, tapi mungkin sebab saya tak suka dengan apa yang mereka buat.

Ya, sebelum ni kami boleh dikatakan 'geng', tapi sekarang saya dah tak rapat dengan mereka. Masih lagi tegur tapi kalau betul-betul perlu sahaja, terutamanya atas urusan kerja. Kalau tak, saya memang 'tak ada selera' nak tegur.

Bukan apa, saya ni jenis tak suka manusia yang cakap tak serupa bikin. Bila dia duk dengan saya, bukan main kutuk orang lain. Itu tak kena, ini tak kena. Tapi hakikatnya, dia pun buat macam tu gak. Dua kali lima je. Dah la buat kerja main-main, lepas tu asyik duk gelak je. Siap pasang lagu kuat-kuat sambil nyanyi. Kalau suara sedap, lain la. Ni tak, sedap lagi suara katak gomok tu. Diaorang datang pejabat macam datang berkelah pulak.

Bila saya dah tak layan mereka, sekarang saya pulak yang jadi mangsa umpatan mereka. Siap ada gelaran lagi. Bila saya datang dekat, mula la bagi isyarat sambil berbisik-bisik. Lepas tu, gelak-gelakkan saya pulak. Memang perangai macam celaka...(Maaf la, hari ni ayat kasar sikit...)

Saya tak heran sebenarnya dengan manusia jenis macam ni. Tak mati pun kalau tak kawan dengan mereka. Kalau kawan pun, buat sakit hati je. Baik tak yah kawan terus.

Cuma apa yang saya pikirkan, pandangan orang pada saya. Maklumlah, mereka tu perempuan. Majoriti kakitangan pejabat saya perempuan. Tentu la mereka dah fitnahkan macam-macam benda pasal saya depan akak-akak tu.

Lantaklah, bukan salah saya pun. Saya tak heran pun pasal mereka. Yang penting saya buat kerja saya dengan betul.

Buat masa ni, saya terpaksa sabar je. Bukan apa, mereka tak kekal pun kat sini. Bulan ni mereka dah berambus. Tinggal la ahli geng yang paling tua je. Lepas tu, saya dah boleh tenang balik sambil meniti hari-hari akhir di pejabat. Sekurang-kurangnya, saya boleh tumpukan pada kerja-kerja terakhir saya nanti.

Kepada geng-geng ni, kalau ada yang terbaca, sedar-sedar la sikit. Ni pejabat, bukan pantai. Kalau nak berseronok, gi main jauh-jauh. Jangan duk ganggu orang je. Bising je dalam pejabat. Kalau tak puas hati, datang jumpa saya. Kita selesaikan apa yang patut.

p/s : Maaf sekali lagi sebab bahasa saya hari ni kasar sikit.

Ulasan

aieza samad berkata…
sabar je la riki...
aku rase semua tempat ada perkara macam tu.kat ofis aku pn same.lagi teruk...perang terang2
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
wah...lg real...aku pun nak buat mcm tu gak la...

jap lg nak kena g beli bom la...bom smua bdk2 tu...huhu

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...