Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Jadi Cik Faiz...


Selepas kejayaan melakukan kejutan untuk Kak Azni sempena hari jadinya pada Februari lalu, saya sekali lagi berperanan dalam melakukan kejutan sama. Kali ini, saya dan kakitangan lain mengadakan sambutan untuk bos bahagian kami, Tengku Faizah (Cik Faiz).

Saya sememangnya tahu bahawa semalam adalah hari jadi Cik Faiz sebab saya dah hafal nombor kad pengenalan Cik Faiz untuk kegunaan aplikasi HRMIS. Jadi, saya memang dah lama bercadang untuk membuat sambutan ini. Cuma rancangan saya agak terbantut kerana Man tak dapat menyertainya. Man menghadiri temuduga terbuka di Bahagian Teknologi Pendidikan, Marang. Pada mulanya saya rasa macam dah tak jadi nak buat. Tapi saya cuba juga berbincang dengan Kak Ida, salah seorang 'ahli perancang' majlis ini. Akhirnya, kami berjaya mencapai kata sepakat untuk meneruskan sambutan.

Kali ni, Kak Azni dengan sukarela menjadi penaja kek. Kak Azni menyediakan wang, manakala saya dan Man yang membeli kek tersebut pada petang Selasa. Pagi semalam, sewaktu makan pagi bersama-sama di bilik mesyuarat sebelum sesi task force HRMIS, kami berjaya juga membuat kejutan kecil ini. Cik Faiz memang tak menyangka kami akan buat sambutan juga untuknya. Sekurang-kurangnya, terhibur jugalah Cik Faiz di hari jadi dia, lebih-lebih lagi bila suami Cik Faiz berada di luar kawasan kerana terlibat dengan kursus.

Bagi saya, saya cukup puas hati dapat menjadi antara perancang untuk majlis ini. Ini adalah usaha kedua saya untuk menghargai insan yang banyak berjasa pada saya. Sama seperti Kak Azni, Cik Faiz juga adalah insan yang cukup baik dengan saya. Bukan sekadar memberi nasihat dan semangat kepada saya, Cik Faiz juga cukup pemurah dengan saya. Malah, kalau bukan kerana Cik Faiz yang menawarkan jawatan sambilan kepada saya, mungkin sekarang ni saya masih menganggur di rumah. Malah, Cik Faiz cukup dikenali sebagai pihak atasan yang prihatin dan baik hati. Saya rasa, saya tak pernah jumpa pihak atasan seperti Cik Faiz. Sebab itulah saya sanggup melakukan walau sebanyak mana kerja pun yang Cik Faiz berikan pada saya. Saya tak mahu kecewakan Cik Faiz setelah dia memberi kepercayaan kepada saya. Sampaikan kakitangan kat pejabat selalu cakap yang saya ni pembantu khas Cik Faiz...Hehehe...

Apa pun, kepada Cik Faiz, selamat hari jadi. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Diharapkan Cik Faiz dan keluarga bahagia selama-lamanya. Terima kasih untuk jasa baik Cik Faiz selama ini.

p/s : Lepas ni, kejutan untuk siapa pulak ek...?

Ulasan

KayKhairul berkata…
riki,

upgrade template blog ni...
kasi yang cun2 sket ea
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
hehe...xsempat nak update lg...

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...