Hari ni saya dah mula masuk pejabat. Saya sampai Terengganu petang semalam. Sepanjang di KB, tak banyak sangat program saya. Ada la 2,3 kali saya keluar.
Sedar tak sedar, rupa-rupanya dah setahun saya menulis dalam blog saya ni. Entry pertama saya adalah pada 04 Mei 2008. Rasa macam kejap je. Memang tak sedar pun dah setahun berlalu.
Apa pendapat anda sepanjang setahun saya menulis...? Boleh kongsi tak kelemahan-kelemahan yang mungkin saya boleh perbaiki...? Bukan apa, kalau boleh saya nak juga perbetulkan apa yang boleh. Sekurang-kurangnya boleh menjadikan blog saya ni lebih menarik.
Kalau dilihat balik, saya banyak menceritakan kejadian yang berlaku pada diri saya, terutamanya tentang kerja. Selain itu, ada juga saya kongsi pengalaman saya sewaktu berada di sesuatu tempat. Sekadar ingin berkongsi perasaan saya dengan anda semua.
Selain itu, saya jadikan blog saya ni sebagai tempat untuk kawan-kawan mengetahui perkembangan terbaru saya. Mungkin ada juga kawan-kawan yang jarang bertanya khabar kerana sibuk. Jadi, mungkin blog saya ni dapat memberi maklumat terbaru mengenai saya. Setakat ini, ramai juga kawan-kawan yang memberi maklum balas positif. Walau pun masih tak ramai pengikut, tapi memadailah jika kawan-kawan tahu perkembangan terbaru saya.
Kepada teman-teman yang sudi singgah di blog saya ni, jutaan terima kasih saya ucapkan. Anda lah penyeri blog saya ini. INSYAALLAH, saya juga akan singgah ke blog anda semua.
Terima kasih...

Ulasan
stuju...
dulu2 suka gak letak gmbar...skrang dah kurang skit...xpe, lpas ni sy letak byk lg gmbar....hehehe